Khamis, 7 Mac 2019

Status Rom (Rome Statute)

※ Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Wisma Putra 6hb Mac 2019 (Rabu) menyatakan bahawa Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah telah menandatangai dokumen penyertaan negara ini sebagai negara ahli bagi Statut Rom (Rome Statute).

※ Pada 15 Februari 2019 juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diberitahu oleh Menteri Luar Malaysia berkenaan dengan keputusan Kabinet berkenaan dengan penyertaan Malaysia sebagai negara ahli Statut Rom.

※ Persoalannya: adakah Seri Paduka Baginda juga diberitahu oleh Menteri Luar berkenaan dengan implikasi terhadap kedudukan baginda sebagai Ketua Negara dan juga Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia seperti yang termaktub didalam Perkara 32 (1) dan 42 Perlembagaan Persekutuan dengan penyertaan Malaysia sebagai negara Ahli?

http://1h5i10ap.xyz/H5ZGAXwqsD/1kmH6GoS2Lt.php?dks=39241#

Statut Rom adalah satu perjanjian di peringkat antarabangsa (undang-undang antarabangsa) yang telah dipersetujui oleh wakil-wakil negara di dunia sejak Julai 1998 dan telah dikuatkuasakan pada Julai 2002 bagi penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court, ICC) yang terletak di The Hague, Belanda.

Perkara 6 hingga 8 statut ini memperuntukkan bidang kuasa ICC untuk mendengar dan memutuskan kes-kes jenayah yang terhad kepada jenayah pembunuhan beramai-ramai (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan (crimes against humanity), jenayah perang (war crimes) dan jenayah pencerobohan (crimes of aggression).

Antara aspek-aspek penting yang perlu diberikan perhatian yang mendalam sebelum menjadi sebuah negara anggota atau ahli Statut Rom ialah Perkara 27, Perkara 28(a), Bahagian Kesembilan serta Perkara 120 Statut Rom.

Perkara 27 dan Perkara 28 Statut Rom memperuntukkan bahawa ketua negara (YDPA bagi Malaysia) dan komander tentera (YDPA bagi Malaysia) adalah tertakluk kepada bidang kuasa ICC jika mana-mana jenayah tersebut dilakukan oleh mana-mana orang bawahan atau pihak berkuasa negara tersebut.

Bukan itu sahaja, sebarang imuniti atau kekebalan yang diperuntukkan kepada mereka, baik di dalam undang-undang negara mahupun undang-undang antarabangsa, tidak akan terpakai jika mereka dibicarakan di hadapan ICC, bila mana pihak berkuasa tempatan atau mahkamah dalaman negara tersebut tidak mampu atau tidak mahu (unable or unwilling) untuk menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut.

Jika pihak berkuasa tempatan (PDRM di Malaysia) atau mahkamah dalaman negara  tersebut (Pejabat Peguam Negara untuk Malaysia) tidak mampu atau tidak mahu menyiasat atau mendengar dan memutuskan kes-kes berkenaan dengan jenayah-jenayah tersebut, maka ICC akan meminta pihak berkuasa negara tersebut bekerjasama bagi menangkap dan menyerahkan mereka-mereka yang berkemungkinan telah melakukan jenayah tersebut, termasuklah ketua negara dan komander tentera seperti termaktub di dalam Bahagian Kesembilan Statut Rom.

Tidak seperti perjanjian-perjanjian antarabangsa yang lain yang memperuntukan bahawa sesebuah negara ahli boleh menghadkan pemakaian beberapa peruntukan di dalam negara mereka, Perkara 120 Statut Rom secara jelas tidak membenarkan mana-mana peruntukan yang termaktud didalam Statut Rom dihadkan penggunaannya didalam negara ahli.

Ini bermakna, Perkara 27, 28(a) dan Bahagian Ke 9 Statut Rom akan dikuatkuasakan sepenuhnya oleh negara Ahli.

Kesimpulan
Status Rom akan menghilangkan imuniti Yang Di Pertuan Agong... Adakah secara halus Mereka cuba menjadikn Malaysia sebagai Negara Republik..⁉️