Ahad, 22 Ogos 2021

UNDI PERCAYA BUKAN UNTUK PENGESAHAN AGONG

Seorang Pakar dalam bidang perlembagaan menegaskan pandangan beliau tentang undi percaya kepada Perdana Menteri yang baharu dilantik, terutamanya pelantikan bukan hasil daripada pilihan raya.

Beliau menyatakan beberapa perkara tentang kedudukan undang-undang menurut perlembagaan Negara, antaranya :

1. Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk memberi pengesahan kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong dalam hal pelantikan Perdana Menteri.

2. Tiada peruntukan dalam Perlembagaan tentang undi percaya. Ia adalah amalan atau adat Perlembagaan yang tidak mengikat sehinggalah ia menjadi suatu undang-undang dengan cara dikanunkan atau diiktiraf oleh mahkamah.

3. Pelantikan Perdana Menteri adalah sah setelah mendapat perkenan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya berlakunya upacara menandatangani suratcara pelantikan, sumpah taat setia dan sumpah simpan rahsia yang kemudiannya lantikan tersebut hendaklah diwartakan.

4. Sekiranya Tuanku titah untuk diadakan undi percaya, itu adalah bagi tujuan mengukuhkan kedudukan seorang perdana menteri, atau sesebuah kerajaan, BUKAN untuk memberi pengesahan kepada perkenan yang telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Apa yang perlu ditegaskan tentang isu utamanya di sini ialah:

1. Kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong adalah amat berwibawa dan ia tidak perlu disahkan oleh mana-mana pihak, termasuk Parlimen. Maksudnya tiada sesiapa pun boleh mempertikaikannya.

2. Ia adalah kuasa budi bicara Baginda. Membenarkan ia wajib disahkan oleh parlimen dalam apa cara sekalipun ia akan merendah-rendahkan kuasa budibicara/ perkenan baginda.

3. Parlimen adalah badan yang patut menurut dan taat kepada perkenan baginda.

4. Justeru, Kalaupun baginda titahkan untuk dibuat undi percaya, ia bukan bertujuan mengesahkan atau memberikan keabsahan kepada lantikan yang telah diberi perkenan oleh baginda.

5. Tindakan mendapatkan undi percaya itu adalah bagi mengukuhkan kerajaan. Dan melaksanakan titah ini adalah baik untuk kerajaan itu sendiri walaupun ia adalah hanya adat Perlembagaan.

6. Mengambil berat tentang fungsi perkenan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong kerana tidak mahu kemudian hari nanti orang ramai atau para pemain demokrasi menyatakan perkenan Yang di-Pertuan Agong tersebut boleh disahkan oleh Parlimen.

7. Sekiranya hal ini (memberikan kuasa kepada Parlimen untuk mengesahkan perkenan Yang di-Pertuan Agong) berlaku ia amatlah tidak baik sama sekali kepada kuasa budi bicara dan kemuliaan Yang di-Pertuan Agong.

8. Akhir sekali, sekiranya para pembaca meneliti semua kenyataan sebelum ini, beliau tegaskan lagi, kerajaan hendaklah mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukan mereka, dan mengambil tauladan daripada apa yang berlaku kepada kerajaan sebelum ini.

9. Seterusnya, penegasan beliau ialah, undi percaya bukan untuk menjadikan perkenan Yang di-Pertuan Agong atas lantikan Perdana Menteri itu sah. Ini kerana Parlimen tidak diberikan kuasa oleh Perlembagaan untuk memberi pengesahan kepada kuasa Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Sumber Dari :

Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz
Pakar Perlembagaan
Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM)

- Suarasensasi


Sabtu, 21 Ogos 2021

JANGAN TAKSUB PADA PEMIMPIN

Jangan kita terlalu taksub pada seseorang, jika terlaku TAKSUB maka mereka tidak akan mendengar walau apapun pendapat dan pandangan orang lain selain orang yang mereka anggap macam Tuhan itu.  Ini  kerana terlalu taksublah banyak timbulnya perbalahan dan timbul pula berbagai nama Parti yang telah memecah belahkan orang Melayu. Ini amat merugikan kita semua

Amat malang jika bangsa kita bangsa Melayu berpuak-puak sedangkan bangsa lain begitu kukuh ikatan perkauman mereka.  Bagaimana mereka boleh bersatu sedangkan mereka juga punyai agama yang berlainan seperti Buddha, Kristian, dan ada juga yang tidak percaya pada agama tapi mereka tetap bersatu dalam satu bangsa..

Tetapi kita bangsa MELAYU dan beragama ISLAM, kenapa harus berpecah belah dan lebih malang lagi ada yang lebih rela diperkudakan memusuhi, menfitnah bangsa sendiri, sehingga ada yang sanggup menjadi munafik di kalangan bangsanya sendiri..??

Ketahanan sebuah negara banyak bergantung kepada kesejahteraan Rakyatnya. Hubungan tegang Politik negara mampu menggugat keselamatan negara. Kerajaan hari ini diminta untuk memulihkan ekonomi yang terjejas teruk juga pulihkan perpaduan dan keharmonian Rakyat. Ini penting bagi keyakinan pelabur untuk melabur di negara kita di mana sejak pertukaran pemimpin Negara telah rugi banyak benda termasuk kepercayaan pelabur yang semakin terhakis

Di petik dari kata Usman Awang "perpaduan tidak beri erti Kalau sekadar dalam lafas kata-kata semata. Perpaduan tidak ujud hanya dengan disuruh-suruh dan di seru. Perpaduan harus diwujudkan atas kepentingan satu pihak atau golongan tertentu". 

Inilah tugas yang bakal digalas oleh Perdana Menteri ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri,  bagi memulihkan kembali ekonomi, perpaduan, kepercayaan dan musibah yang sedang melanda negara kita..

Oleh:

- Suarasensasi

Sabtu, 14 Ogos 2021

SEJAK BILA HADI AWANG AKTIF CARI PELABUR ASIA BARAT

Memang agak melucukan..! Bila Pas kata pertemuan Hadi-Muhyiddin bincang pelaburan Malaysia di Asia Barat..

Antara lain kononnya Ada beberapa perkara yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Tuan Guru sendiri ketika bertemu dengan duta-duta dari Asia Barat… ianya telah dimaklumkan secara terus oleh Datuk Seri Tuan Guru kepada Perdana Menteri,” kata Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas.... 

Bila difikirkan kembali... Bila masanya Tok guru Hadi Awang bertemu dengan Duta-duta Asia-Barat..?? Sehingga wartawan Harakahkahkah pun tidak berjaya menghidunya.. 

Memetik Dari ulasan Menteri Besar Terengganu DS Ahmad Samsuri menegaskan bahawa dalam pertemuan itu banyak perkara yang dibincangkan dan antara yang banyaknya berkenaan dengan beberapa pandangan yang baru dengan kedudukan pelaburan Malaysia di Asia Barat di mana ia menyentuh peranan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi sendiri sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Apabila ditanya, apakah dalam pertemuan lebih satu jam dua pemimpin itu turut menyentuh situasi politik semasa, Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu tidak mahu mengulas lanjut. Cuma beliau sempat menyatakan bahawa

“Kita berada dalam suasana politik, tentulah… biasalah tentang politik,” jelas beliau lagi.

Dalam satu lagi sebaran ada mengatakan bahawa pertemuan tersebut agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bersikap lebih terbuka dengan mengajak semua parti-parti politik yang berteraskan lslam dan Melayu untuk bersatu sempena mengambil semangat Hijrah.

Satu jajaran baru Parti berteraskan orang Melayu di negara ini bukan hanya UMNO, Pas dan Bersatu sahaja, malah terdapat juga dua lagi parti baharu yang berteraskan orang Melayu-lslam iaitu Pejuang dan Amanah..

Bersatu kini bukan lagi dianggap parti Melayu kerana telah meminda perlembagaannya bagi menubuhkan sayap ahli bersekutu dan sedang menuju ke arah menjadi parti pelbagai kaum dan ia tidak lagi menjadi parti Melayu-lslam.

Abdul Hadi mungkin terlepas pandang perkara itu dan harus mengkaji semula hubungannya dengan PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Abdul Hadi harus lebih fokus untuk memperkukuhkan MN bagi memperincikan persiapan menghadapi PRU15 akan datang termasuk isu agihan kerusi.

Persoalannya sekarang ialah pada PRU ke-15 ini, adakah PAS sanggup mengorbankan kerusinya dalam agihan atau adakah semua parti bebas bertanding di kawasan yang sama?

Seeloknya adalah lebih baik perkara ini menjadi perbincangan dalam MN mulai dari sekarang.  


Dari ;

-Suarasensasi

(14hb Ogos 2021)

Khamis, 12 Ogos 2021

PATONG KOMUNIS DI RED CARPET MUSEUM i-CITY SHAH ALAM

Apa dah berlaku di Malaysia sekarang ? 

Dalam YB² sibuk berpolitik dan mengejar jawatan tanpa kita sedar bangsa lain mengambil kesempatan..

Difahamkan terdapat sebuah museum terletak di i-City Shah Alam dan namanya Red Carpet Museum i-City ada beberapa patong komunis cina, dari restoran hingga tugu, sekarang museum berklibatkan pejuang² komunis pun ada di tanah malaysia. 

Patong² komunis:

- Mao Tze Tung satu duduk dan diri

- Deng Ciao Ping,President Komunis China pada 1980

- Zhou En Lai, Premier Komunis China pada waktu mao

- Dua patong Xi Jin Ping ,President Komunis China waktu sekarang.

Mana perginya atau kenapa tidak ada satu patong wira bangsa Melayu,  seperti Mat Kilau ,Dol Said dan Lefetenan Adanan semua patong adalah wira komunis China!kamu ingat ini negara China atau Malaysia?

Kita mempertahankan negara dan atm/pdrm berkorban untuk negara daripada pkm tetapi puak itu membuat museum untuk mengagungkan komunis.!!Sejak bila museum ini didirikan..?? Adakah Sejak zaman BN memerintah..?? Atau Sejak PH ???

Apa pula tujuan musuem ini didirikan., Dan siapakah yang mendirikan museum ini..??

Shah Alam tempat majoritynya orang melayu,tetapi puak ini bina patong komunis di tempat melayu. Kalau kita bina masjid di tempat kaum cina,puak² ni akan bising. Kalau mereka bina patong di tempat majority orang melayu tak pulak bising?Mereka tak tahu sejarah dan tidak tahu sensitif melayu..??

Cuba bayangkan jika ada yang bina patong Hitler di Germany,patong maharaja jepun di nanjing atau patong Benjamin Netayu di Palestine apa yang kan berlaku?

Kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan.?? Adakah pihak berkuasa tidak menyedarinya atau ISU ini bukan penting sangatpun..?? 

Kalau tak di viralkan,memang pihak berkuasa tidak tahu dan pembinaan patong akan bertambah di tanah melayu seperti apa yg terjadi di negeri Kelantan yang dikenali negeri serambi mekah tapi patong Buddha tak terbilang oleh jari.

Harap semua viral,report dan share supaya bagi semua melayu tahu!


Oleh

- Suarasensasi




Isnin, 9 Ogos 2021

KENAPA KERAJAAN PINJAM RM11.5 BILION DALAM MASA 10 HARI


Kerajaan di bawah pimpinan Tan Seri Mahiadin sedang meminjam duit macam dah dekat nk kiamat. Kenapa mereka tergesa-gesa meminjam sehingga tidak boleh menunggu Parlimen dibuka semula dijangka pada bulan September untuk di bahaskan ??

Menurut rekod dari sumber yang sahih, pinjaman dilakukan seperti berikit ;-

27 Julai: Jumlah Pinjaman RM5.5 bilion.

3 Ogos: Jumlah Pinjaman RM4 bilion

9 Ogos: Jumlah Pinjaman RM2 bilion.

Dlm 10 hari waktu bekerja yang lepas Kerajaan PN sudah pun meminjam sebanyak RM11.5 bilion hanya dalam tempoh 10 hari ..!!

Kenapa mereka terdesak sangat meminjam? Untuk apa jumlah sebesar itu diperlukan..??

Adakah jumlah ini dikeluarkan untuk membantu rakyat atau untuk membeli wakil rakyat..?? Kenapa perkara ini terus berlaku tanpa perlu dirujuk untuk di bahaskan di dalam dewan sebelum pinjaman ini diluluskan..?? 

Ternyata kerajaan PN begitu terdesak dan mereka menjadikan duit negara seperti peti simpanan mereka sendiri.  Mereka keluarkan tanpa ada penambahan walaupun 1 sen.

What's the rush???

Di petik dari FB DS Najib.


- Suarasensasi

10hb Ogos 2021

Sabtu, 27 Mac 2021

Masih ada PAU?? Ingat dah TAPAU..!!

Masih ingatkah lagi kenyataan TS Muhyiddin bila di tanya tentang Perhimpunan Agung Umno selepas umno tumbang..??

Ketika ditanya pandangannya mengenai PAU tahun ini, bekas presiden parti itu menjawab pertanyaan Malaysiakini dengan satu lagi pertanyaan.

"PAU? Oh, ada lagi PAU? Saya fikir dah habis (kena) tapau!" katanya secara sinis diiringi dengan senyuman meleret.

Memang pada kebanyakan masa sukar untuk melihat presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu senyum lebar.

Kata Muhyiddin sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14 berakhir beliau tidak pernah lagi memikirkan mengenai Umno.

"Apa yang nak jadi dengan parti itu, bukan hal kita lagi. Soal dia nak bersidang sehari ke, 10 hari ke, atau tak ada bersidang langsung, itu hak dia," katanya dengan senyum lebar sekali lagi.

Ditanya mengenai kemungkinan beliau kembali kepada Umno, Muhyiddin dengan tegas menyatakan, ia tidak timbul sama sekali.

Bodohlah saya (kalau nak kembali kepada Umno). Ia sebuah parti yang tunggang-langgang, masuk longkang... dah hancur.

"Parti itu bukan saja sudah kalah, tapi juga sudah rosak. Sebab itu kami tubuhkan BERSATU," katanya.

Anggota parlimen Pagoh itu juga berkata beliau sudah melihat kemungkinan Umno tumbang lama sebelum rakyat menolak mereka pada 9 Mei lalu.

"Saya pernah cakap semasa PAU lalu. Saya sampaikan semasa ucapan dasar, saya katakan: jaga-jaga kita boleh kalah.

"Tapi dia (pemimpin Umno) tak dengar cakap saya. Dia fikir dia boleh singkir saya akan selesai masalah. (Sebaliknya) dia yang tersingkir dan saya hidup balik," katanya. 

– Mkini

Isnin, 8 Februari 2021

Dana 'berkaitan 1MDB' bukan dicuri dari 1MDB- Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (DoJ)

■ Pada 10hb Julai 2020, kerajaan Malaysia mohon perintah mahkamah bagi menyekat syarikat PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarah syarikat PSI Tarek Obaid daripada menggunakan dana berjumlah lebih AS$340 juta kerana mempunyai kaitan dengan penyelewengan dana 1MDB. Dana tersebut disimpan dalam akaun pelanggan di firma guaman di United Kingdom (UK) berjumlah AS$340,258,246.87 (RM1.452 bilion) milik PSI dan anak syarikatnya PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Limited (Diperbadankan di Barbados) (PSOS-VZ). Dana itu disimpan dalam akaun syarikat Clyde & Co LLP peguam Tarek Obaid. 

■ Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amlatfpuaa) menamakan Tarek Obaid, PSI, PSOS-VZ, Clyde & Co dan Temple Fiduciary, masing2 sebagai responden pertama hingga ke-5. Permohonan itu disokong oleh afidavit diperakukan oleh Pegawai Penyiasat SPRM en. Mohd Afiq Abd Aziz.

■ Menurut en. Mohd Afiq Abd Aziz, beliau mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa wang berjumlah AS$340,258,246.87 setakat Februari 2019 yang kini disimpan dalam akaun Escrow Clyde & Co bagi pihak PSOS-VZ, adalah sebahagian daripada bukti berkaitan dengan konspirasi untuk menipu bekas PM ke-6 DS Najib oleh Tarek; Low Taek Jho dan individu2 lain berkait dengan 1MDB dan anak syarikatnya.

"Saya juga mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa ada akaun bank lain menjadi sebahagian daripada persoalan atau bukti yang berkaitan dengan skim untuk menipu 1MDB. Akaun bank yang dimaksudkan adalah akaun bank dengan nama dan/atau diuruskan oleh Temple Fiduciary Services Limited bagi pihak responden ketiga (PSOS-VZ)".

■ Terdapat 2 Naratif NYATA berbeza yang dispekulasikan, iaitu;

i. Sebelum siasatan pihak DoJ: 

> naratif dimainkan oleh pihak2 parti PAKATAN HARAPAN ialah DS Najib curi duit 1MDB.

ii . Selepas siasatan DoJ: 

> naratif pembuktian mendapati Dana 'berkaitan 1MDB' bukan dicuri dari 1MDB. 

■ Hasil penyiasatan arah aliran wang oleh pihak DoJ, pendakwaraya DoJ mendakwa wang yang dipegang oleh Clyde & Co adalah baki daripada fasa pertama penipuan ke atas syarikat 1MDB yang diselewengkan berjumlah AS$1 bilion. Pihak pendakwaraya DoJ berpendapat, sejumlah wang AS$700 juta telah digunakan untuk "kepuasan peribadi pelaku 1MDB". Kemudian wang berjumlah AS$300 juta telah 'dialihkan' kepada syarikat usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi, iaitu sebuah syarikat minyak yang ditubuhkan oleh ahli perniagaan Saudi Tarek Obaid dengan seorang kerabat diraja Saudi.

■ Rekod mahkamah yang dilihat oleh akhbar The Guardian mendapati, Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) United Kingdom (UK) menyerahkan waran itu di pejabat firma guaman elit Clyde & Co di London bagi pihak DoJ. Waran yang ditandatangani oleh hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenal pasti "defendan", bahawa terdapat wang AS$330 juta (£243 juta) yang berada di bawah simpanan Clyde & Co dalam akaun bank di cawangan NatWest di bandar itu.

■ Permohonan dibuat melalui waran menyatakan ia adalah 'warrant in rem' iaitu perintah yang digunakan untuk merampas harta atau aset diserahkan kepada firma itu pada 29hb Oktober 2020. DoJ buat pertama kali menuduh PetroSaudi terbabit dalam penipuan itu pada tahun 2016 dan kemudian mendakwa Tarek Obaid sebagai anggota utama dalam mengatur dan mengaut keuntungan daripada skim berkenaan. 

■ Low Taek Jho (Jho Low), Tarek Obaid dan Patrick Mahony merupakan individu dipihak syarikat PetroSaudi yang disyakki menipu DS Najib 1MDB-PetroSaudi tandatangan perjanjian usahasama pada 18hb September 2009, di mana pihak 1MDB telah mengurus kemasukan wang ke akaun usahasama berjumlah US$700 juta. Kemudian pada 25hb September 2009, US$300 juta lagi dimasukkan ke akaun usahasama 1MDB-PetroSaudi.


8hb Februari 2021

Oleh: Pena MZR 

Rujukan 

1.

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/599842/amp

2.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/02/784176/doj-serah-waran-rampas-as330-juta-dana-berkaitan-1mdb-dari-firma

3.

https://www.klsescreener.com/v2/news/view/728927/MACC_solicitors_looking_into_US_DoJ_action_in_UK_that_seeks_to_recover_US_300m_more_in_1MDB_assets

4.

https://www.theedgemarkets.com/article/jho-low-tarek-obaid-patrick-mahony-charged-criminal-conspiracy-embezzlement-1mdb-funds-0

5. https://www.theedgemarkets.com/article/macc-lawyer-forfeiture-action-against-petrosaudi-tarek-result-special-task-force-probe-1mdb

Ahad, 7 Februari 2021

Dana KWAP dan Fakta ringkas di mahkamah berkenaan kes SRC International Sdn Bhd.

■ Satu persoalan penting bagi melihat kembali kes SRC International ialah Kenapa DS Najib tidak didakwa menggelapkan wang DANA pinjaman KWAP ke SRC International berjumlah RM4 bilion?. DS Najib hanya didakwa menerima wang sebanyak RM42 juta dari akaun yang dikatakan berpunca daripada akaun SRC International!. Jawapannya: Sebab tidak ada wang KWAP yang hilang, malah nilai aset dan pendapatan KWAP semakin bertambah semasa pentadbiran kerajaan BN pimpinan DS Najib PM ke-6. 

1. Laporan Tahunan KWAP tahun 2017

■ Laporan Tahunan 2017 KWAP yang diaudit dan diterbit pada November 2018 iaitu selepas kerajaan PH ambil alih kerajaan dari BN boleh dilihat dengan jelas bahawa KWAP tidak mengalami apa2 bentuk kerugian dan kekurangan wang dari pinjaman kepada SRC International. Pinjaman KWAP dibayar oleh pihak SRC tepat pada masanya iaitu setiap 6 bulan mengikut jadual dan syarat2 pinjaman. 

■ Merujuk kepada Laporan tahunan KWAP 2017, ianya menunjukkan yang KWAP berada di prestasi terbaik, di mana pendapatan KWAP (pendapatan pelaburan kasar) melonjak kepada RM9,033,505,000 (RM9 bilion) untuk tahun 2017 berbanding RM6,361,482,000 (RM6 bilion) pada tahun 2016. Saiz aset KWAP juga meningkat dari RM15,833,352,000 (RM15 bilion) ke RM142,371,999,000 (RM142 bilion) untuk tahun 2017 berbanding RM126,538,647,000 (RM126 bilion) untuk tahun 2016 (sila lihat m/s 197).

■ Link laporan tahunan 2017 KWAP:http://www.kwap.gov.my/MY/UsefulInformation/Publication/Annual%20Reports/KWAP%20Laporan%20Tahunan%202017.pdf

2. Rakaman/log perbualan antara Jho Low dan Joanna Yu

■ Pengakuan Joanna Yu (Bekas Pengurus Perhubungan Ambank) dan peranan Nik Faisal Arif Kamil (bekas CEO SRC) dilihat sebagai rakan subahat utama yang mengikut segala (apa saja) arahan Jho Low yang mencipta kemasukan wang ke akaun peribadi DS Najib. Melalui rakaman/log perbualan yang direkodkan antara Jho Low dan Joanna Yu, ianya jelas menunjukkan yang Joanna Yu dan Nik Faisal adalah alat Jho Low untuk FITNAH DS Najib. Antara log/rakaman perbualan itu ialah;

i. Jho Low telah mengarahkan Joanna Yu untuk menyediakan draf yang perlu ditandatangani oleh Nik Faisal Ariff Kamil selaku pemegang mandat akaun (account trustee) DS Najib. Sebagai CEO SRC, kuasa yang ada pada Nik Faisal terhad hanya untuk mengendalikan pemindahan akaun antara akaun DS Najib sahaja bukan melibatkan pemindahan dana ke akaun DS Najib atau dari akaun DS Najib ke akaun lain. 

ii. Jho Low juga mengarahkan Joanna Yu menyediakan surat arahan untuk AmBank memindah semula (reverse transferred) wang berjumlah RM27 juta dan RM5 juta yang dimasukkan ke dalam akaun berakhir dengan nombor 880 dan 906 milik DS Najib. 

iii. Kemudian pada 20hb Disember 2014, Jho Low sekali lagi arahkan Joanna Yu supaya wang sebanyak RM27 juta dan RM5 juta daripada akaun DS Najib dipindah semula ke akaun Permai Binaraya dan Putra Perdana Construction. Pada 29hb Disember 2014, pemindahan semula wang tersebut berjaya dilaksanakan. Permai Binaraya adalah subsidiari kepada Putra Perdana Development Sdn Bhd manakala Putra Perdana Construction adalah anak syarikat Putrajaya Perdana Berhad.


6hb Febuari 2021

Oleh: Pena MZR


Rujukan 

1.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/05/431378/Set%20your%20pixel%20data%20here?page=92

2.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2019/08/593095/saya-mula-curiga-dengan-jho-low-pada-2014-joanna-yu

3.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-src-rm4-bilion-dipindah-dari-kwap-ke-src-saksi-206510