Khamis, 30 Mei 2019


Cerita Wayang Kerajaan PH: Perolehan Projek Anak PM ke-7 Tun Mahathir.

※ Retorik Tun Mahathir: Bangsa Melayu malas, terlalu harapkan bantuan kerajaan... tapi anak2 Tun dijamu projek2 luar biasa nilainya. Hakikat yang nyata, Tun Mahathir dan projek2 yang dianugerahkan kepada anak beranak, nepotism dan kronism tidak dapat dipisahkan. Malaysia hari ini ternyata sudah kembali ke zaman kekuasaan tangan2 ghaib (hidden hand) seperti yang berlaku di zaman PM ke-4 dulu2. Kepentingan projek anak2 dan kroni terlebih dahulu diutamakan walau terpaksa menghalalkan cara. Di antaranya adalah;

1. OPCOM Holdings Berhad milik anak2 dan menantu Tun Mahathir dapat projek rakan unify TM bernilai RM11.6 juta

※ Pada 14hb Mei 2018 kira2 5 hari sahaja selepas 9hb Mei 2018 setelah PAKATAN HARAPAN mengambil alih kerajaan Malaysia dari tangan BARISAN NASIONAL, OPCOM Holdings Bhd, milik TS Mokhzani Tun Mahathir telah memperolehi kontrak RM11.6 juta daripada Telekom Malaysia (TM). Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, OPCOM memberitahu bahawa mereka telah menerima surat anugerah untuk kontrak ‘Rakan Unifi’. Kontrak tersebut berkuat kuasa dari 2hb Julai 2018 sehingga 31hb Disember 2019 adalah untuk kerja2 baik pulih dan pemasangan perkhidmatan Unifi.

※ OPCOM Holdings Berhad diperbadankan pada tahun 1994 dan 23hb Disember 2003 syarikat ini telah disenaraikan di dalam pasaran MESDAQ Bursa Malaysia Securities Berhad.

※ Siapa pemegang saham OPCOM HOLDINGS?. Pemegang sahamnya adalah
1. TS Mokhzani Tun Mahathir pemegang saham utama merupakan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif OPCOM HOLDINGS BHD.
2. DS Mukhriz Tun Mahathir 23.41%
3. Norzietah Zakaria isteri DS Mukhriz memiliki saham OPCOM melalui MOcean Capital Sdn Bhd sebanyak 11.16% .

2. Khasera Baru Sdn. Bhd (291068-X) milik TS Mokhzani Tun Mahathir beli saham Scomi Group Bhd seterusnya dapat Projek Monorail bernilai RM303 juta.

※ Pada 5hb Jun 2018 lebih kurang 24 hari kerajaan PAKATAN HARAPAN ambil alih pentadbiran Malaysia, Khasera Baru Sdn Bhd dengan 100% yakin telah beli saham Scomi Group Bhd (SGB) menerusi terbitan saham baru yang ditawarkan secara tertutup (private placement) melalui KAF Investment Bank (KAF= Khathijah Ahmad Family) sebanyak 158,501,767 unit bernilai RM190.3 juta. Ini bermaksud SGB bersetuju mengurangkan pegangan saham mereka kepada Khasera Baru Sdn Bhd sebanyak 10%.

※ KHASERA BARU SDN. BHD.
(291068-X) adalah syarikat pelaburan yang didaftarkan pada 01hb Mac 1994 di Kuala Lumpur, merupakan syarikat persendirian (private vehicle) milik TS Mokhzani Tun Mahathir.

※ Pada 4hb April 2019 Bernama melaporkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Scomi Transit Projects Sdn Bhd (STP) menandatangani penyelesaian projek monorail "perjanjian peroleh dan baik pulih tren monorail" yang menjadi pertikaian kedua2 pihak bernilai RM303 juta. Ianya disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada Januari 2019.

3. TS Zeti Pengerusi DANA AWAM Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Melakukan Proses "Bail Out" bagi syarikat Sapura Energy sebanyak RM 2.681 bilion.

※ Pada 23hb Jun 2018 TS Zeti secara rasminya dilantik sebagai Pengerusi DANA AWAM Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menggantikan TS Abdul Wahid Omar.

※ Lebih kurang 3 bulan selepas dilantik mengurus dana awam PNB maka pada 25hb September 2018, PNB telah melakukan proses "bailout" untuk syarikat Sapura Energy sebanyak RM 2.681 bilion, di mana PNB mengambil risiko dengan membeli saham terbitan "right issue" yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Kumpulan Dana Awam lain seperti KWSP dan KWAP menolak tawaran dari Sapura Energy. "Right issue" diterbitkan oleh Sapura Energy kerana "market capitalisation" syarikatnya adalah RM2.5 bilion disamping bebanan hutang semasa yang dibawa bernilai RM16 bilion.

※ Sapura Energy merupakan syarikat yang ada hubung kait dengan TS Mokhzani Tun Mahathir melalui syarikat Kenchana Capitals Sdn Bhd (memegang 0.08% dan 0.16% saham ekuiti dalam Sapura Energy). Manakala TS Zeti pula merupakan kroni rapat PM ke-7 Tun Mahathir.

4. Syarikat PETRON yang ada kepentingan TS Mirzan Tun Mahathir dilantik pembekal minyak kenderaan kerajaan.

※ Pada 30hb Ogos 2018 FMT melaporkan Kementerian Kewangan telah melantik syarikat PETRON sebagai pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan. Lim Guan Eng menyatakan perlantikan PETRON dibuat secara pentadbiran tanpa merujuk Perdana Menteri Tun Mahathir. Dan PETRON bukan pembekal tunggal kerana adanya PETRONAS dan SHELL. Persoalan: Jika Petron boleh, kenapa Caltex, BHP diketepikan?.

※ Pelantikan tersebut dibuat menerusi memorandum kementerian kepada Petron Fuel International Sdn Bhd yang ditandatangani Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, Ahmad Suhaimi Endut, di Perbendaharaan bertarikh 3hb Ogos 2018. Surat tersebut diterima oleh pejabat ketua setiausaha Kementerian Luar Negeri pada 23 Ogos 2018.

※ Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd pada Jun 2013 mengesahkan anak perdana menteri, TS Mirzan Tun Mahathir adalah ahli lembaga pengarah syarikat induknya, Petron Corporation Filipina. TS Mirzan dilantik dalam Lembaga Pengarah Petron Corporation pada 13hb Ogos 2010 dan memiliki 1,000 unit saham di dalam Petron Corporation Filipina.

※ Suara2 lantang yang sering mendakwa mereka adalah pejuang rakyat dari parti PKR seperti Rafizi Ramli, DS Anwar Ibrahim, DS Azmin Ali dan Saifuddin Nasution tidak lagi kedengaran. Sudah tentu mereka ini "PEJAM MATA" dan pekakkan telinga. Pejam mata apabila "lawan menjadi kawan"

※ Begitu juga dengan suara2 dari pemimpin2 DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua, Gorbind Singh Deo dll. Mereka ini hanya "DIAM MENIKUS" bagaikan "lembu kekenyangan". Inilah yang dikatakan konsep "matlamat menghalalkan cara". Diam menikus apabila "lawan menjadi kawan".

1. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2014/02/19/khasera-baru-sells-190pt3m-shares-of-sapurakencana/
2. https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1028707533999748&id=700309100172928
3. Reuters.com
https://www.reuters.com/finance/stocks/company-officers/PCOR.PS

22hb Mei 2019
Oleh: Pena MZR

Khamis, 23 Mei 2019




Mendedahkan 4 pembohongan Lim Guan Eng dan Tony Phua tentang ekonomi Negara.. Di sini terdapat catatan dari salah seorg staff di MOF menceritakan kelicikkan dua org ini yang cuba sedaya upaya membohongi rakyat.

Pegawai Kanan Kementerian Kewangan Dedahkan Apa Yang Telah Dan Sedang Di Rancang Oleh Lim Guan Eng Dan Tony Pua

Di bulan yang penuh kemuliaan ini, saya mengharapkan Allah swt berikan kekuatan untuk saya...

Setelah memikirkan dengan mendalam, berdoa memohon kekuatan pertunjuk dariNya, maka saya rasakan amat wajar untuk saya perkatakan kebenaran ini walaupun agak berat dan membimbangkan masa depan saya...

Kemelut politik yang berlaku pasca PRU14 mendatangkan kesan yang besar dalam sejarah politik serta pentadbiran negara...

Alhamdulilah, saya berkhidmat sebagai pegawai PTD dengan gred M52 tidaklah sangat terkesan dari sudut ekonomi, namun dari aspek kerjaya ianya amat nyata kerana perubahan dasar & kepimpinan pasti banyak perubahannya...

Lebih2 lagi kerana saya berkhidmat di MOF, tempat yang sangat sibuk ketika ini dengan pelbagai perubahan yang sedang berlaku...

Apa yang ingin saya kongsikan ialah luahan rasa kecewa yang teramat sangat dengan politik keterlaluan dan kebencian oleh kepimpinan hari ini...

Saya bersekolah peringkat menengah dahulu di SJKC, jadi sedikit sebanyak dapat memahami bahasa percakapan rakan Cina...

Apabila pegawai khas menteri yang baru berkata pada menteri tentang data2 kewangan berkaitan kadar hutang negara, ianya amat menyedihkan saya...

Walaupun bercakap bahasa cina untuk elakkan dari pegawai2 lain tahu, tapi saya dapat tangkap juga kerana 5 tahun belajar di SJKC...

Tuan2...

Percayalah...

Statistik tentang jumlah kadar hutang negara memang sengaja di ubah, di manipulasikan untuk tujuan politik kerajaan kini dan memburukkan kepimpinan lalu...

Ayat yang paling menyentap hati saya apabila si Tony berkata pada bos "publik akan percaya walaupun kita tipu"....

Cakap bahasa cina...

Bukan sekadar kerana prinsip kebenaran, ia juga menyentap maruah bangsa saya sebagai orang Melayu apabila nyata kepimpinan kini melakukan sesuatu yang bertujuan mengaibkan kepimpinan Melayu sebelum ini...

Samada pembaca akan percaya atau tidak itu terpulang pada penilaian masing2...

Yang nyata bagi saya kini, suasana di MOF amat menyedihkan apabila agenda untuk membongkar segala salah laku kerajaan dulu menjadi keutamaan...

Rakyat di bohongi dengan data2 statistik yang di manipulasikan...

Saya berharap saya dapat di tukarkan ke kementerian yang lain selepas pendedahan ini menjadi viral...

Itu lebih baik dari berdiam diri menyaksikan agenda jahat berlaku dalam pengetahuan kita...

Dari tulisan asal :

Pegawai Gred M52
Kementerian Kewangan Malaysia

SEBARKAN SEBANYAKNYA...
Rakyat Mesti Tahu KEBENARAN..!!!


Satu lagi parti ditubuhkan. Melayu semakin berpecah

Sebuah lagi parti PUTRA ditubuhkan oleh PERKASA di mana Presidennya ialah Dato Dr Ibrahim Ali.  Tertubuhnya parti baru ini maka bertambahlah lagi parti melayu (PKR, PAN, PPBM, BN, PAS, PUTRA) Berpecah lagi bangsa Melayu dalam kumpulan2 yang semakin mengecil. Masing2 di lihat berlumba2 untuk berkuasa.

Cina tetap bersatu hati.. Pada mereka yang penting berkuasa.. Ekonomi pun mereka sudah tawan..

Tapi Melayu pula berebut kuasa sebab nak mantapkan ekonomi sendiri. Nak tunjuk siapa lebih hebat....Maaf cakap.. Kesian dengan Bangsaku...Kenapa kita tidak ambil iktibar dari perjuangan bangsa Cina.. Mereka mengejar matlamat perjuangan tanpa perlu wujudkan lebih banyak parti².. Tapi orang melayu mengejar matlamat dengan berpecah belah. Masing2 gila dengan tujuan nak berkuasa..
Sedih tengok bangsa ku masih tak sedar diri.. 😓


Rabu, 15 Mei 2019


Photo menceritakan al kisah Shimon Perez... Dia hadir sebagai pendatang, kemudian menjadi penguasa, lalu menghalau, menyeksa dan membunuh rakyat asal negara itu.  Tapi kisah itu di Palestin, tiada kaitan dengan Malaysia. Cuma kisah ini mungkin boleh buat mereka yang berakal untuk ambil pengajaran.

Contoh kali ni berkaitan dengan jiran Negara kita iaitu Singapura.. Baca dan hadam

*Apabila Pendatang Berkuasa,hilanglah Agama. Bangsa dan Tanah Air*

8 PERKARA JIKALAU ORANG PENDATANG ... (realiti di Singapura)
Tulisan ini dipetik daripada buku tulisan Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim bertajuk “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Dr Lily Zubaidah telah dibuang negeri kerana mengkritik kerajaan PAP dan sekarang beliau bertugas sebagai seorang Profesor di Sydney University Australia.

1) Memperalat orang Melayu
Selepas Yusof Ishak tiada lagi Presiden Singapura berbangsa Melayu kerana selepas kematiannya, jawatan Presiden itu diganti oleh Benjamin Henry Sheare, Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, Sellapan Ramanathan dan Dr. Tony Tan Keng Yam.

Manakala Setiausaha Agung PAP, Lee Kuan Yew pula memegang jawatan Perdana Menteri selama 31 tahun diganti dengan Goh Chok Tong dan pada 12 Ogos 2004, anak Kuan Yew, Lee Hsien Loong mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri Singapura hingga sekarang.

Yusuf Ishak hanyalah gula-gula untuk menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.

2) Siapa yang mempersoal PAP, dituduh “Chauvinists, Religious Extremists and harbouring a sinister agenda”.
“Organisasi-organisasi Melayu, pakatan politik pembangkang, atau individu yang berani mempersoal kerajaa PAP Singapura, akan didakwa sebagai ‘Chauvinists, Religious Extremists & harbouring a sinister agenda” (membawa agenda jahat).
Tuduhan ini amatlah bercanggah dengan amalan meritokrasi seperti mana yang dilaung-laungkan oleh kerajaan PAP.

Tambahan beliau lagi, orang Melayu di Singapura dinafikan hak mereka untuk menyatakan pendapat sama ada di media-media utama ataupun akhbar-akhbar tempatan. Itu belum lagi, penganiayaan terhadap pelajar Muslim yang ingin memakai tudung ke sekolah.

Hal ini boleh dilihat pada tahun 2002, Malay Community Organisation, Fateha.com dan juga jurucakap mereka, Zulfikar Shariff, telah dihalang kerana dikatakan membicarakan hal-hal sensitif seperti bantahan terhadap ‘No tudung petition’, diskriminasi terhadap pekerja Melayu, menuntut supaya madrasah dikekalkan dan sebagainya.

[ARTIKEL BERKAITAN: BILA KAFIR BERKUASA - HARAMKAN SIKIT-SIKIT:

3) Bahasa Melayu bahasa golongan rendah.
“Kebanyakan bukan Melayu tidak bercakap bahasa kebangsaan (Melayu) atau tahu makna lagu kebangsaan ‘Majulah Singapura’. Oleh itu, ramai rakyat Singapura tidak menyanyikan lagu kebangsaan apabila ia sedang dimainkan semasa majlis rasmi.

Menurutnya penurunan nilai bahasa kebangsaan (Melayu) boleh dikaitkan dengan pandangan umum masyarakat yang menganggap bahasa itu mencerminkan modal sosial, ekonomi dan kebudayaan golongan yang lemah dan dituturkan oleh golongan kelas rendah seperti pembantu rumah warga Indonesia, posmen dan pembersih pejabat.

“Terdapat penurunan yang ketara dalam Bahasa Melayu untuk jalan dan daerah. Pemaju perumahan swasta dan penduduk telah membuat petisyen untuk menukar nama-nama jalan Melayu, dengan mendakwa mengelirukan dan memudaratkan maruah penduduk,” katanya.

Menurutnya lagi pada tahun 1960-an, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan telah diarahkan untuk menghentikan daripada menamakan jalan-jalan dengan nama-nama berunsur Bahasa Melayu.

Nama jalan ditukar kepada Bahasa Inggeris dan Mandarin. Perkataan ‘Lorong’ telah dinamakan semula sebagai ‘Avenue’, ‘Rise’, ‘Drive’ dan ‘View’.  Namun, dalam masa sama pada tahun 1980-an, berlaku peningkatan ketara nama-nama jalan dan tempat dalam Bahasa Mandarin.

“Berbeza dengan kedudukan yang merosot bahasa kebangsaan, Lee Kuan Yew dan kepimpinan lain dalam PAP terus-menerus mengingatkan masyarakat Cina daripada nilai ekonomi bahasa Mandarin dan peranannya dalam perniagaan dan budaya purba Cina tradisional,” katanya lagi.

4) Singapura adalah Israel in a Malay Muslim Sea.Lee Kuan Yew dengan bangganya mengakui peranan Singapura di rantau ini seperti “Israel in a Malay Muslim Sea”. (Willairat 1975:45)

5) Ketuanan Cina di Singapura.  Untuk memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-racism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihan raya.

Pembaharuan pilihan raya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura), bahkan juga terhadap parti-parti pembangkang lain seperti Parti Pekerja dan Parti Demokratik Singapura kerana kedua-dua parti pembangkang itu secara umumnya bersimpati terhadap masyarakat Melayu.

6) Masalah kekurangan penduduk Cina akibat kesuburan diatasi dengan menjadikan pendatang Cina daripada luar sebagai warganegara.

Untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk Cina disebabkan tahap kesuburan masyarakat tempatan yang rendah, pendatang-pendatang Cina diambil dari luar yang telah membantu meningkatkan penduduk kepada 4.6 juta pada tahun 2007 dan dijangka akan membantu meningkatkan penduduk Singapura kepada 6.5 juta dalam tempoh dua dekad.

Dr Lily mendedahkan walaupun pendatang bukan Cina diperlukan untuk pembangunan ekonomi Singapura, namun pendatang Cina separuh mahir telah ditawarkan penduduk dan status kewarganegaraan.

Mereka biasanya bekerja di kedai-kedai kopi, pusat membeli-belah, pasar raya, stesen minyak, tapak pembinaan, pusat penjaja dan sebagai pemandu bas.

Fakta ini telah diperkukuh dengan data yang menganggarkan bahawa 60 peratus daripada pekerjaan baru pada tahun 2007 adalah pendatang asing.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina.

7) Melayu disisihkan daripada tentera Singapura, GLC dan politik.
Menjelang tahun 2003, sembilan daripada sepuluh anggota profesional SAF (Singapore Armed Forces) adalah Cina dengan pelantikan kritikal dipegang oleh Cina.

Ini berikutan pada tahun 1980-an, di mana lebih wakil etnik (bukan Cina) di peringkat pegawai kanan SAF, namun selepas itu pegawai-pegawai  bukan Cina yang bersara, mereka telah diganti oleh pegawai-pegawai Cina.

Menurut kajian perintis Worthington, daripada 78 Eksekutif teras dalam lembaga-lembaga  berkanun dan GLC pada tahun 1998, hanya 7 (9 peratus) adalah bukan Cina. Melayu tunggal adalah Ahli Parlimen PAP, Ahmad Mohamed Megad.
Ahmad Megad juga dikenalpasti sebagai satu-satunya Melayu daripada 122 anggota Eksekutif teras Singapura pada tahun 1998.

Daripada 30 GLC atas, hanya dua (6.7 peratus) yang dipengerusikan oleh bukan Cina pada tahun 1991.  Dalam kerajaan PAP, orang Melayu kurang dalam Kabinet diberi memegang portfolio yang agak rendah seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam.

Adalah mustahil orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan pada masa hadapan.

98% penerima biasiswa SAFOS (Angkatan Bersenjata Singapura) adalah Cina.
Data menunjukkan Cina mendominasi perwakilan dalam birokrasi, GLC, badan berkanun, SAF (Singapore Armed Forces). Cina juga turut mendominasi dalam penerimaan biasiswa yang paling berprestij seperti biasiswa Presiden dan biasiswa SAF yang tidak dibincangkan secara terbuka dibincangkan oleh media Singapura.

Dalam masyarakat yang kononnya mempraktikkan sistem meritokrasi, hanya terdapat seorang penerima biasiswa Presiden bukan Cina antara tahun 1987 dan 2005. Sehingga tahun 2005, 98 peratus daripada penerima biasiswa luar negara daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAFOS) adalah Cina.  Selain itu, tidak pernah ada satu penerima biasiswa SAFOS berbangsa Melayu. Begitu juga, sehingga tahun 2005, 97 peratus daripada biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura Merit (SAFMS) penerimanya adalah orang Cina.

Adakah Melayu dan India tidak sepintar dan serajin seperti orang Cina? Aduan diskriminasi tidak mudah ditangani kerana negara itu tidak menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama, Lembaga Anti-Diskriminasi atau Pejabat Ombudsman untuk melindungi kelayakan yang berbilang kaum dan meritokrasi Singapura.

Dalam proses pemilihan untuk biasiswa kerajaan, diskriminasi tidak hanya berdasarkan keputusan peperiksaan. Sebagai contoh, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, ‘watak’ dan prestasi dalam satu temubual akan dipertimbangkan. Pemboleh ubah subjektif telah dimasukkan dengan cara yang tidak telus untuk kejayaan kemasukan ke fakulti seperti fakulti Perubatan Universiti Singapura.

Oleh itu, golongan etnik minoriti yang mendapat hampir skor ‘A’ ditolak untuk menduduki fakulti seperti Perubatan, mereka cenderung untuk mengesyaki bahawa terdapat diskriminasi semasa proses temubual, namun mereka tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong syak wasangka itu.

(PAP/DAP adalah sama, DAP Malaysia adalah pecahan PAP Singapura dan DAP sekarang buat sama tuntutan sebagaimana PAP) Adakah anda tidak perhatikan?.

Hebah/Sebar/Kongsikan Buat Yang Mahu Mengambil Manfaat
Like Dan Kongsikan
Sila tolong kongsikan.Please Do Like&Share



Mari kita dengar sebuah video dari  DAP yang telah mempergunakan Tun Mhathir untuk membunuh org melayu dalam Umno dan Pas.. Mereka bersatu hati utk kekal memerintah.. Sedang melayu masih lagi dibuai mimpi dan masih bercakaran..

Terang dan jelas dimana Tun pernah berkata bahawa jawatannya kini di tentukan oleh DAP.

"Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP parti musuh, tapi saya nak bagi tahu bahawa yang tentukan saya akan jadi pengerusi PH dan bakal PM (Perdana Menteri) jikalau menang dalam PRU lalu adalah DAP"...

"Mereka (DAP) tentukan siapa pemimpin dan siapa akan pegang jawatan selepas berjaya ambil alih kerajaan, semuanya ini datang dari DAP. Jadi, kalau orang kata (DAP) musuh, kenapa pilih saya".katanya.

Jadi apa yang boleh kita harapkan dari Mahathir untuk membantu orang melayu.?? Segalanya ditentukan oleh kuasa dan pengaruh DAP.

Bangkitlah wahai melayu.. Bersatulah kerana musuh semakin mengila untuk kekalkn kuasa.. Jika anda tidak bersatu.. Apakah lagi yg bakal diwarisi oleh anak cucu kita nanti.. Bangkitlah demi Agama, Bangsa dan Negara..

- SuaraSensasi