Sabtu, 27 Mac 2021

Masih ada PAU?? Ingat dah TAPAU..!!

Masih ingatkah lagi kenyataan TS Muhyiddin bila di tanya tentang Perhimpunan Agung Umno selepas umno tumbang..??

Ketika ditanya pandangannya mengenai PAU tahun ini, bekas presiden parti itu menjawab pertanyaan Malaysiakini dengan satu lagi pertanyaan.

"PAU? Oh, ada lagi PAU? Saya fikir dah habis (kena) tapau!" katanya secara sinis diiringi dengan senyuman meleret.

Memang pada kebanyakan masa sukar untuk melihat presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu senyum lebar.

Kata Muhyiddin sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14 berakhir beliau tidak pernah lagi memikirkan mengenai Umno.

"Apa yang nak jadi dengan parti itu, bukan hal kita lagi. Soal dia nak bersidang sehari ke, 10 hari ke, atau tak ada bersidang langsung, itu hak dia," katanya dengan senyum lebar sekali lagi.

Ditanya mengenai kemungkinan beliau kembali kepada Umno, Muhyiddin dengan tegas menyatakan, ia tidak timbul sama sekali.

Bodohlah saya (kalau nak kembali kepada Umno). Ia sebuah parti yang tunggang-langgang, masuk longkang... dah hancur.

"Parti itu bukan saja sudah kalah, tapi juga sudah rosak. Sebab itu kami tubuhkan BERSATU," katanya.

Anggota parlimen Pagoh itu juga berkata beliau sudah melihat kemungkinan Umno tumbang lama sebelum rakyat menolak mereka pada 9 Mei lalu.

"Saya pernah cakap semasa PAU lalu. Saya sampaikan semasa ucapan dasar, saya katakan: jaga-jaga kita boleh kalah.

"Tapi dia (pemimpin Umno) tak dengar cakap saya. Dia fikir dia boleh singkir saya akan selesai masalah. (Sebaliknya) dia yang tersingkir dan saya hidup balik," katanya. 

– Mkini