Isnin, 8 Februari 2021

Dana 'berkaitan 1MDB' bukan dicuri dari 1MDB- Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (DoJ)

■ Pada 10hb Julai 2020, kerajaan Malaysia mohon perintah mahkamah bagi menyekat syarikat PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarah syarikat PSI Tarek Obaid daripada menggunakan dana berjumlah lebih AS$340 juta kerana mempunyai kaitan dengan penyelewengan dana 1MDB. Dana tersebut disimpan dalam akaun pelanggan di firma guaman di United Kingdom (UK) berjumlah AS$340,258,246.87 (RM1.452 bilion) milik PSI dan anak syarikatnya PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Limited (Diperbadankan di Barbados) (PSOS-VZ). Dana itu disimpan dalam akaun syarikat Clyde & Co LLP peguam Tarek Obaid. 

■ Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amlatfpuaa) menamakan Tarek Obaid, PSI, PSOS-VZ, Clyde & Co dan Temple Fiduciary, masing2 sebagai responden pertama hingga ke-5. Permohonan itu disokong oleh afidavit diperakukan oleh Pegawai Penyiasat SPRM en. Mohd Afiq Abd Aziz.

■ Menurut en. Mohd Afiq Abd Aziz, beliau mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa wang berjumlah AS$340,258,246.87 setakat Februari 2019 yang kini disimpan dalam akaun Escrow Clyde & Co bagi pihak PSOS-VZ, adalah sebahagian daripada bukti berkaitan dengan konspirasi untuk menipu bekas PM ke-6 DS Najib oleh Tarek; Low Taek Jho dan individu2 lain berkait dengan 1MDB dan anak syarikatnya.

"Saya juga mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa ada akaun bank lain menjadi sebahagian daripada persoalan atau bukti yang berkaitan dengan skim untuk menipu 1MDB. Akaun bank yang dimaksudkan adalah akaun bank dengan nama dan/atau diuruskan oleh Temple Fiduciary Services Limited bagi pihak responden ketiga (PSOS-VZ)".

■ Terdapat 2 Naratif NYATA berbeza yang dispekulasikan, iaitu;

i. Sebelum siasatan pihak DoJ: 

> naratif dimainkan oleh pihak2 parti PAKATAN HARAPAN ialah DS Najib curi duit 1MDB.

ii . Selepas siasatan DoJ: 

> naratif pembuktian mendapati Dana 'berkaitan 1MDB' bukan dicuri dari 1MDB. 

■ Hasil penyiasatan arah aliran wang oleh pihak DoJ, pendakwaraya DoJ mendakwa wang yang dipegang oleh Clyde & Co adalah baki daripada fasa pertama penipuan ke atas syarikat 1MDB yang diselewengkan berjumlah AS$1 bilion. Pihak pendakwaraya DoJ berpendapat, sejumlah wang AS$700 juta telah digunakan untuk "kepuasan peribadi pelaku 1MDB". Kemudian wang berjumlah AS$300 juta telah 'dialihkan' kepada syarikat usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi, iaitu sebuah syarikat minyak yang ditubuhkan oleh ahli perniagaan Saudi Tarek Obaid dengan seorang kerabat diraja Saudi.

■ Rekod mahkamah yang dilihat oleh akhbar The Guardian mendapati, Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) United Kingdom (UK) menyerahkan waran itu di pejabat firma guaman elit Clyde & Co di London bagi pihak DoJ. Waran yang ditandatangani oleh hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenal pasti "defendan", bahawa terdapat wang AS$330 juta (£243 juta) yang berada di bawah simpanan Clyde & Co dalam akaun bank di cawangan NatWest di bandar itu.

■ Permohonan dibuat melalui waran menyatakan ia adalah 'warrant in rem' iaitu perintah yang digunakan untuk merampas harta atau aset diserahkan kepada firma itu pada 29hb Oktober 2020. DoJ buat pertama kali menuduh PetroSaudi terbabit dalam penipuan itu pada tahun 2016 dan kemudian mendakwa Tarek Obaid sebagai anggota utama dalam mengatur dan mengaut keuntungan daripada skim berkenaan. 

■ Low Taek Jho (Jho Low), Tarek Obaid dan Patrick Mahony merupakan individu dipihak syarikat PetroSaudi yang disyakki menipu DS Najib 1MDB-PetroSaudi tandatangan perjanjian usahasama pada 18hb September 2009, di mana pihak 1MDB telah mengurus kemasukan wang ke akaun usahasama berjumlah US$700 juta. Kemudian pada 25hb September 2009, US$300 juta lagi dimasukkan ke akaun usahasama 1MDB-PetroSaudi.


8hb Februari 2021

Oleh: Pena MZR 

Rujukan 

1.

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/599842/amp

2.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/02/784176/doj-serah-waran-rampas-as330-juta-dana-berkaitan-1mdb-dari-firma

3.

https://www.klsescreener.com/v2/news/view/728927/MACC_solicitors_looking_into_US_DoJ_action_in_UK_that_seeks_to_recover_US_300m_more_in_1MDB_assets

4.

https://www.theedgemarkets.com/article/jho-low-tarek-obaid-patrick-mahony-charged-criminal-conspiracy-embezzlement-1mdb-funds-0

5. https://www.theedgemarkets.com/article/macc-lawyer-forfeiture-action-against-petrosaudi-tarek-result-special-task-force-probe-1mdb

Ahad, 7 Februari 2021

Dana KWAP dan Fakta ringkas di mahkamah berkenaan kes SRC International Sdn Bhd.

■ Satu persoalan penting bagi melihat kembali kes SRC International ialah Kenapa DS Najib tidak didakwa menggelapkan wang DANA pinjaman KWAP ke SRC International berjumlah RM4 bilion?. DS Najib hanya didakwa menerima wang sebanyak RM42 juta dari akaun yang dikatakan berpunca daripada akaun SRC International!. Jawapannya: Sebab tidak ada wang KWAP yang hilang, malah nilai aset dan pendapatan KWAP semakin bertambah semasa pentadbiran kerajaan BN pimpinan DS Najib PM ke-6. 

1. Laporan Tahunan KWAP tahun 2017

■ Laporan Tahunan 2017 KWAP yang diaudit dan diterbit pada November 2018 iaitu selepas kerajaan PH ambil alih kerajaan dari BN boleh dilihat dengan jelas bahawa KWAP tidak mengalami apa2 bentuk kerugian dan kekurangan wang dari pinjaman kepada SRC International. Pinjaman KWAP dibayar oleh pihak SRC tepat pada masanya iaitu setiap 6 bulan mengikut jadual dan syarat2 pinjaman. 

■ Merujuk kepada Laporan tahunan KWAP 2017, ianya menunjukkan yang KWAP berada di prestasi terbaik, di mana pendapatan KWAP (pendapatan pelaburan kasar) melonjak kepada RM9,033,505,000 (RM9 bilion) untuk tahun 2017 berbanding RM6,361,482,000 (RM6 bilion) pada tahun 2016. Saiz aset KWAP juga meningkat dari RM15,833,352,000 (RM15 bilion) ke RM142,371,999,000 (RM142 bilion) untuk tahun 2017 berbanding RM126,538,647,000 (RM126 bilion) untuk tahun 2016 (sila lihat m/s 197).

■ Link laporan tahunan 2017 KWAP:http://www.kwap.gov.my/MY/UsefulInformation/Publication/Annual%20Reports/KWAP%20Laporan%20Tahunan%202017.pdf

2. Rakaman/log perbualan antara Jho Low dan Joanna Yu

■ Pengakuan Joanna Yu (Bekas Pengurus Perhubungan Ambank) dan peranan Nik Faisal Arif Kamil (bekas CEO SRC) dilihat sebagai rakan subahat utama yang mengikut segala (apa saja) arahan Jho Low yang mencipta kemasukan wang ke akaun peribadi DS Najib. Melalui rakaman/log perbualan yang direkodkan antara Jho Low dan Joanna Yu, ianya jelas menunjukkan yang Joanna Yu dan Nik Faisal adalah alat Jho Low untuk FITNAH DS Najib. Antara log/rakaman perbualan itu ialah;

i. Jho Low telah mengarahkan Joanna Yu untuk menyediakan draf yang perlu ditandatangani oleh Nik Faisal Ariff Kamil selaku pemegang mandat akaun (account trustee) DS Najib. Sebagai CEO SRC, kuasa yang ada pada Nik Faisal terhad hanya untuk mengendalikan pemindahan akaun antara akaun DS Najib sahaja bukan melibatkan pemindahan dana ke akaun DS Najib atau dari akaun DS Najib ke akaun lain. 

ii. Jho Low juga mengarahkan Joanna Yu menyediakan surat arahan untuk AmBank memindah semula (reverse transferred) wang berjumlah RM27 juta dan RM5 juta yang dimasukkan ke dalam akaun berakhir dengan nombor 880 dan 906 milik DS Najib. 

iii. Kemudian pada 20hb Disember 2014, Jho Low sekali lagi arahkan Joanna Yu supaya wang sebanyak RM27 juta dan RM5 juta daripada akaun DS Najib dipindah semula ke akaun Permai Binaraya dan Putra Perdana Construction. Pada 29hb Disember 2014, pemindahan semula wang tersebut berjaya dilaksanakan. Permai Binaraya adalah subsidiari kepada Putra Perdana Development Sdn Bhd manakala Putra Perdana Construction adalah anak syarikat Putrajaya Perdana Berhad.


6hb Febuari 2021

Oleh: Pena MZR


Rujukan 

1.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/05/431378/Set%20your%20pixel%20data%20here?page=92

2.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2019/08/593095/saya-mula-curiga-dengan-jho-low-pada-2014-joanna-yu

3.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-src-rm4-bilion-dipindah-dari-kwap-ke-src-saksi-206510