Selasa, 16 Ogos 2022

PRU15: Tok Mat sambut baik cadangan tubuh kerusi MN

 

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan menyambut bail syor supaya tidak berlaku pertembungan calon Pas dan UMNO di 27 kerusi yang berisiko jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada pandangan pribadi beliau berkata, setiap keputusan melibatkan parti diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.  Setakat ini saya boleh kata ia satu pandangan yang baik kerana sebarang keputusan di peringkat parti bukan diputuskan oleh saya.

"Bagi saya ia satu pandangan yang baik. Jadi perkara ini akan dibincangkan di peringkat dalaman parti. Kita akan sama-sama kaji baik buruk pandangan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) Terengganu di Pantai Penunjuk, Kijal, di sini, pada Sabtu.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marsuki menerusi hantaran di Facebooknya mencadangkan agar kerusi terbabit dinamakan Kerusi Muafakat Nasional bagi mengambil semangat penyatuan ummah yang digerakkan oleh dua parti besar Melayu itu.

Nukilan
Suarasensasi