Selasa, 7 Julai 2020

TANAH MELAYU UNTUK ORANG MELAYU



Setiap orang di Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu

Hak orang Melayu
* Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.

Jawatan dalam Kerajaan
* Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Peruntukan biasiswa
* Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

Bantuan Ekonomi
* Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Sultan-Sultan negeri di Malaysia. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Malaysia adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimana kedudukan hak istimewa orang Melayu di dalam sistem undang-undang negara?
Adalah penting bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, Melayu dan bukan Melayu memahami apakah hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan tersebut.

Menurut Perkara 3 Perlembagaan, Islam adalah agama Persekutuan. Namun, Perkara 3(1) membenarkan agama atau kepercayaan lain diamalkan secara aman di seluruh negara.

Kedudukan agama Islam diperkukuhkan lagi dengan Perkara 11(4). Menurut Perkara tersebut, jabatan-jabatan penguatkuasa agama di peringkat negeri diberi kuasa untuk mengawal dan menyekat penyebaran kepercayaan atau agama lain dalam kalangan umat Islam, khususnya orang Melayu.
Perkara 8(4)(f) menjelaskan Rejimen Askar Melayu Tentera Diraja Malaysia hanya untuk orang Melayu. Jika kita menyorot kembali sejarah, Rejimen Askar Melayu ini ditubuhkan pada tahun 1933.

Pasukan tentera yang hanya terdiri daripada kaum Melayu itu memerangi tentera Jepun dan komunis pada zaman 40-an. Oleh itu, sebagai mengenang jasa mereka, Rejimen Askar Melayu dikekalkan hanya untuk kaum Melayu.

Begitu juga Perkara 89 memperuntukkan hak Melayu ke atas Tanah Rizab Melayu dan Perkara 152 pula memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Oleh :
Aktivist Suara Sensasi (NGO)

Jumaat, 3 Julai 2020



UMNOputra satu kebejatan Tun Mahathir untuk UMNO (siri 2)

※ Pada hari itu juga (25hb November 2008), Tun Mahathir mengkritik keras dan mengecam ucapan DS Najib berkenaan rasuah dalam UMNO. Tak cukup dengan itu, Tun Mahathir juga meramalkan BN akan tumbang pada PRU13. http://chedet.cc/?p=192

※ Rentetan daripada ucapan itu, John Berthelson (Asia Sentinel) dan Murray Hunter (EuroAsia Review) yang sering mengikuti perkembangan politik di Malaysia mendapat maklumat bahawa sebahagian besar harta dari rangkaian syarikat2 milik UMNO disalur untuk disatukan ke syarikat Realmild.

※ Global Financial Integrity (GFI) merupakan satu agensi berpengkalan di US sentiasa memantau pengaliran wang haram keluar dari sesebuah negara. Menurut laporan Global Financial Integrity (GFI), pada tahun 2000 terdapat US$22.2 billion (RM71 billion) dan tahun 2008 sebanyak US$68.2 billion (RM218 billion) wang haram mengalir keluar dari Malaysia. Persoalan: Adakah ini wang yang dispekulasikan sebagai wang UMNO?. https://www.malaysiakini.com/news/184199

※ Pengarah Komunikasi GFI, Clark Gascoigne berkata "Dari tahun 2001 hingga 2010, sejumlah besar wang US$285.24 bilion (RM860 bilion) telah mengalir keluar secara haram dari Malaysia. Hampir 80% (US$227 bilion) daripada jumlah tersebut ialah penyalahtentuan urusniaga oleh syarikat2 di Malaysia. 20% (US$57.6 bilion) lagi ialah hasil pemindahan wang tidak sah oleh syarikat2 atau pun individu".

※ Editor Malaysia Today, RPK melihat Tun Mahathir and Tun Daim sering kali menggunakan UMNO dan program2 semasa kerajaan seperti perlaksanaan Dasar Economi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dll program kerajaan sebagai empayar perniagaan yang boleh membina kekayaan kepada UMNO bernilai lebih RM200 billion melalui proksi dan nominee syarikat.

※ Manakala artikel tulisan YB Lim Kit Siang dalam majalah The Rocket berjudul “The Bailout of all UMNOputra Bailouts” menamakan pemegang saham utama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai individu UMNOputra yang diselamatkan. Emosi yang diluahkan oleh LKS sangat luar biasa sehingga beliau membangkitkan rasa tidak puas hati apabila ianya disyaki melibatkan wang pembayar cukai.

※ Siapa UMNOputra? Mereka adalah tangan2 ghaib Tun Daim dan Tun Mahathir. Pada asas, mereka ini sekumpulan individu terpelajar yang dipilih dan dididik untuk memegang jawatan penting dalam Jabatan kerajaan, syarikat tersenarai di BSKL, syarikat2 GLC serta syarikat elit swasta yang kemudiannya UMNOputra dikembangkan pula kepada individu elit bukan Melayu. Mereka ini memiliki kedudukan, pangkat dan peluang untuk mengumpul kekayaan peribadi.

※ Kenapa John Berthelson dan Murray Hunter menamakan Realmild, bukan syarikat lain?. Sedangkan Realmild ditubuh pada tahun 1992 oleh DS Anwar?. Ada 2 sebab iaitu (i). Kroni dan (ii). Dendam Tun Mahathir kepada DSAI. Tahun 1992 juga lah bekas Pengarah Cawangan Khas Datuk Mohd Said Awang mendapat arahan dari Tun Mahathir supaya mengintip kegiatan DSAI dalam operasi Solid Grip.

※ John Berthelsen pernah ditahan bawah Akta ISA dalam Ops Lalang tahun 1987. Ketika itu beliau bersama Raphael Pura penulis makalah dari Jurnal Asian Wall Street (WSJ) membuat liputan pergolakan politik di Malaysia. Ketika ini, John Berthelson bersama Asia Sentinel, Hong Kong.

※ Sepertimana yang diketahui, kekuatan politik dan ekonomi yang dibina oleh Tun Mahathir, Tun Daim dan DSAI adalah atas asas yang sama iaitu kroni, nepotisme dan anak beranak. Cuma yang berbeza Tun Daim dan Tun Mahathir memiliki rangkaian besar UMNOputra dan DSAI selain dari itu.

※ Tun Mahathir juga seorang yang mempunyai sifat yang sangat kuat berdendam, banyak contoh boleh "review" kes dengan Ku Li, Tun Musa Hitam, Tun Salleh Abas, DS Najib dll. Perkara ini merupakan satu kesilapan oleh DSAI kerana tidak berbincang dengan Tun Daim dan Tun Mahathir terlebih dulu.

27hb Jun 2020
Oleh: Pena MZR
(Bersambung di siri 3)

Khamis, 2 Julai 2020



UMNOputra satu kebejatan Tun Mahathir untuk UMNO (siri 1)

※ Ketika allahyarham Tun Razak sebagai PM ke-2, beliau telah melantik Tengku Razaleigh sebagai Menteri Kewangan. Beliau minta Ku Li usahakan pelbagai projek 'angsa bertelur emas' untuk kukuhkan UMNO dan bangsa Melayu. Antaranya, Ku Li telah berjaya menubuhkan Bank Bumiputera. Tujuan: untuk membantu kaum bumiputera, terutama bangsa Melayu maju dalam perniagaan.

※ Apabila komuniti Melayu berkembang begitu cepat, institusi kewangan yang berguna kepada orang Melayu itu sering kali disalahgunakan. Cara beri pinjaman, campurtangan orang politik yang minta kroni mereka ditolong dan tidak guna wang pinjaman untuk berniaga menyebabkan bank itu mengalami kerugian. Write off demi write off menyebabkan bank ini akhirnya terpaksa dijual kepada Bank of Commerce.

※ Pada tahun2 1980-an setelah Tun Mahathir diangkat menjadi PM ke-4, beliau berhasrat membina 100 individu Melayu bertaraf jutawan yang akan ditugaskan memakmurkan bangsa Melayu luar bandar yang setanding dengan ahli perniagaan kaum Cina.

※ Di antara individu yang diberi layanan istimewa dalam perniagaan ialah Halim Saad, Tajudin Ramli, Syed Mokhtar Al-Bukhary, Samsuddin Abu Hassan, arwah Yahaya Ahmad dll. Kelebihan yang diberi kepada individu2 ini adalah mudah untuk beroleh kontrak. Mereka diberi peluang menjadi kaya tetapi sebagai 'front man', mereka perlu menjawab segala permasalahan yang timbul sekiranya ada.

※ Jalan terakhir yang disediakan oleh Tun Mahathir dan Tun Daim adalah menghulurkan 'talian hayat' berupa bailout dari agensi2 kerajaan seperti Khazanah Nasional, dana pelaburan negara atau pun KWSP, KWAP dll.

※ Namun begitu, kejahilan dan kebejatan Tun Mahathir dan Tun Daim yang tidak jujur akhirnya terbongkar juga sedikit demi sedikit. Masalah lain yang turut berbangkit adalah apabila nama UMNO diheret sama.

※ Di dalam buku tulisan Naomi Klein bertajuk “The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism”, ianya mengisahkan persamaan program ekonomi Tun Mahathir dengan negara barat. Penswastaan projek kerajaan dan kaedah korporatkan entiti2 milik kerajaan bermakna memberi kekayaan negara kepada kroni, nepotism dan anak beranak. Hanya golongan tertentu saja dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

※ Pada ketika itu juga telah wujud satu budaya generasi ketiga UMNO yang dikenali dengan nama UMNOputra. UMNOputra adalah liability kepada UMNO. Mereka masih mentah untuk berniaga, ada yang menjadi broker atau orang tengah mengambil komisen bukan sedikit. Kadang2 cecah ratusan juta kerana menjadi 'introducer' kepada 'right persons', selalu duduk di 'centre of power'. Lama kelamaan rangkaian UMNOputra ini menjadi rantaian niaga (business link) yang tidak tertakluk kepada bangsa Melayu sahaja.

※ Pernah terjadi suatu ketika dahulu apabila timbul kes saman menyaman, dokumen2 yang difailkan atau ditunjukkan kepada mahkamah akan mendedahkan bahawa individu ini adalah 'front man' atau wakil yang penting untuk UMNO. Ada juga 'front man' yang terpaksa lari ke luar negara kerana tekanan hutang atau dituduh menggelapkan wang berjuta2 ringgit.

※ Sekurang2nya ada 23 buah syarikat besar yang dimiliki oleh UMNO tetapi realiti hasil-kekayaan bukan milik UMNO. Tujuan penubuhan syarikat2 ini adalah untuk mengambil kontrak projek2 kerajaan seterusnya menyedut keuntungan hasil perlaksanaan projek2 tersebut.

※ Pada 25hb November 2008 dalam satu ucapan oleh TPM ketika itu, DS Najib berazam akan membasmi gejala rasuah dalam UMNO. Ada golongan yang merasakan percaturan sebegitu lama oleh Tun Mahathir bakal dileraikan. Maka para pengusaha syarikat2 tersebut yang telah sebati dengan UMNO dan ranting2 pelaburan berasa tidak selesa. Kata mereka "apa2 usaha untuk memisahkan kelaziman ini besar kemungkinan akan memberi impak negatif kepada UMNO"....

24hb Jun 2020
Oleh: Pena MZR

(bersambung di siri 2)