Jumaat, 23 Mac 2018

ADAKAH SAYA TERKUCIL DI DEPAN TUN DR MAHATHIR?


Sejak awal lagi saya sudah sedar bahawa Wacana Sinar Harian Ke-53, Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM, adalah bertujuan untuk mempromosikan Tun Dr Mahathir.

Ini kelihatan di dalam jemputan awal pihak penganjur kepada saya yang menyebut bahawa kupasan topik berkenaan adalah bertujuan supaya "kita nampak jelas kekuatan Tun M".

Saya mengandaikan bahawa kedua-dua rakan panelis saya, iaitu pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Baki, dan pakar fitness, Kevin Zahari, akan ditugaskan untuk memberikan testimoni mereka mengenai kemampuan mental dan fizikal Tun Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.

Saya juga sangat tahu bahawa moderator, Nazri Kahar, adalah seorang penyanjung Tun Dr Mahathir dan pengkritik Datuk Seri Najib, dan ini terbukti dari soalan yang diberikan sejam sebelum wacana bermula yang meminta dibandingkan tokoh muda yang penuh korupsi dengan tokoh tua yang penuh inovasi.

Malah, beberapa rakan rapat saya yang menyebut mengenai betapa Sinar Harian semakin lama kelihatan semakin kuat menyokong Pakatan Harapan meminta saya tidak menyertai wacana ini kerana bimbang ia merupakan satu perangkap untuk mengenakan diri saya.

Pada peringkat awalnya, saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa mereka turut menjemput Tun Dr Mahathir untuk turut hadir bagi bercakap mengenai isu yang melibatkan diri beliau ini tetapi beliau dikatakan tidak menjawab jemputan menyebabkan saya mengandaikan beliau tidak akan hadir.

Walaupun menyedari kemungkinan wacana ini akan menjadi berat sebelah, saya bagaimanapun memilih untuk hadir bagi membolehkan saya mengemukakan beberapa fakta alternatif mengenai kemampuan Tun Dr Mahathir ini.

Untuk tujuan itu, saya telah menyenaraikan 10 kayu ukur bagi menilai kemampuan Tun Dr Mahathir ini, iaitu membabitkan aspek legal, physical, genetical, mental, psychological, moral, demographical, intellectual, philosophical dan spiritual.

Bila saya diberi ruang bercakap, saya pun terus mengemukakan penilaian saya ke atas kayu ukur tersebut, di mana pada kali pertama saya sempat mengemukakan enam kayu ukur sebelum dihentikan oleh moderator (yang menyebut mengenai kelebihan tokoh tua berbanding tokoh muda yang korupsi).

Dari sudut legal, saya menyebut Tun Dr Mahathir mampu kerana, berbanding di Iran yang menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen, Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan usia maksimum tetapi hanya menetapkan usia minimum, iaitu 21 tahun.

Dari sudut physical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai beliau telah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung pada 24 Januari 1989 dan 4 September 2007; beliau telah tiga kali gagal hadir berceramah dalam tempoh empat bulan terakhir, iaitu di Ipoh pada  3 Disember 2017, di Bentong pada 10 Februari 2018 dan di Pulau Pinang pada 11 Mac 2018; dan beliau telah mengalami batuk teruk ketika berceramah di Tanjung Malim pada 16 Mac 2018.

Dari sudut genetical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai jangkaan hayat lelaki Malaysia ialah 72.7 tahun; dan mengenai purata tempoh hayat adik-beradik beliau yang tidak lebih tinggi berbanding beliau, iaitu Mashahor yang meninggal dunia sewaktu berusia 79 tahun pada 30 September 2002, Mahadi yang meninggal dunia sewaktu berusia 86 tahun pada 12 Disember 2000, Habshah yang meninggal dunia sewaktu berusia 89 tahun pada 6 Disember 2006 dan Rafeah yang meninggal dunia sewaktu berusia 94 tahun pada 1 September 2009.

Dari sudut mental, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai penurunan kemampuan kognitif beliau yang kelihatan jelas di dalam dialog bersama cendekiawan Melayu pada 25 Julai 2017 dan sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 20 Disember 2017.

Dari sudut pyschological, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai ketidaksediaan awal beliau untuk menjadi Perdana Menteri membabitkan kenyataan beliau di University of London pada 21 September 2016 bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau, kenyataan beliau di Tasek Gelugor pada 23 April 2017 bahawa beliau terlalu tua dan pendedahan Wan Saiful dalam Channel News Asia pada 6 Disember 2017 bahawa Tun Dr Mahathir menyebut tidak mahu bertanding.

Dari sudut moral, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai bagaimana beliau sebelum ini sering mencemuh tokoh politik yang lebih muda dari beliau sebagai terlalu tua untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan melalui kritikan beliau terhadap Datuk Nik Abdul Aziz pada 30 Oktober 2009 dan 27 April 2013 serta kritikan beliau terhadap Datuk Seri Anwar dalam The Australian pada 11 April 2016 (yang menyebut betapa beliau sendiri sedar beliau tidak mampu terus menjadi Perdana Menteri pada usia 80 tahun).

Selepas dipotong oleh moderator, saya menggunakan kesempatan lain untuk menghujahkan Tun Dr Mahathir tidak mampu dari sudut philosophical dan demographical.

Dari sudut philosophical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai bagaimana Manifesto Pakatan Harapan menjanjikan mengenai pelbagai bentuk perubahan sedangkan perubahan adalah sesuatu yang stressful dan yang diasosiasikan dengan orang muda berbanding orang tua yang diasosiasikan dengan kestabilan.

Dari sudut demographical, saya menyebut Tun Dr Mahathir tidak mampu dengan memberikan fakta mengenai penduduk Malaysia berusia 65 tahun ke atas yang hanya berjumlah 6.2% berbanding penduduk Malaysia berusia 15-64 tahun yang berjumlah 69.7% selain mengenai trend dunia yang menyaksikan kemunculan semakin ramai pemimpin muda seperti Justin Trudeau yang berusia 44 tahun sewaktu menjadi Perdana Menteri Kanada pada 4 November 2015, Emmanuel Macron yang berusia 40 tahun sewaktu menjadi Presiden Perancis pada 14 Mei 2017 dan Sebastian Kurz yang berusia 31 tahun sewaktu menjadi Canselor Austria pada 13 Disember 2017.

Bila panelis lain menyebut mengenai keterpaksaan Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri kembali kerana ketiadaan pemimpin muda berwibawa di Malaysia, saya menyatakan bahawa pindaan ke atas Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan bagi menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

Saya memang tidak menyangka mengenai kehadiran secara tiba-tiba Tun Dr Mahathir ke wacana ini, apatah lagi bila moderator terus memberikan ruang kepada beliau dan isteri beliau untuk bercakap selain meminta kami sebagai panelis untuk bertanya soalan kepada beliau sebagai jemputan pula.

Bagaimanapun, saya menggunakan ruang yang ada untuk mengingatkan Tun Dr Mahathir mengenai ketidakmampuan beliau dari sudut spiritual dengan merujukkan kepada peringatan Allah mengenai kelemahan manusia pada usia tua seperti yang terkandung di dalam Ayat 68 Surah Yasin, Ayat 5 Surah al-Hajj, Ayat 54 Surah al-Rum dan Ayat 70 Surah al-Nahl.

Saya juga menggunakan ruang yang ada untuk menanyakan beliau mengenai persepsi bahawa, dari segi intelektual, beliau tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik kerana beliau tidak akan mampu menguasai Pakatan Harapan serta hanya akan menjadi puppet kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP dan disebabkan Perjanjian Pakatan Harapan yang mensyaratkan supaya setiap pembuatan keputusan mestilah dibuat secara konsensus, termasuk dengan membangitkan beberapa kandungan utama di dalam Manifesto Pakatan Harapan sebagai contoh.

Saya juga turut menanyakan beliau satu soalan yang memang sudah lama saya mahu tanyakan sendiri kepada beliau, iaitu apa yang menyebabkan beliau sendiri kini bersedia untuk menjadi Perdana Menteri kembali tatkala beliau sendiri menyebut, pada 21 September 2016,  bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau dan tatkala kaji selidik PPBM yang diumumkan oleh Datuk Dr Rais pada 10 Mei 2017 sendiri menyebut bahawa calon paling popular untuk menjadi Perdana Menteri bukanlah beliau, tetapi Tan Sri Muhyiddin.

Saya berpuas hati dapat menanyakan kedua-dua soalan tersebut secara terus kepada Tun Dr Mahathir, malah jawapan Tun Dr Mahathir kepada kedua-dua soalan saya ini telah diberikan liputan oleh media massa.

Adalah tidak benar dakwaan yang disebarkan secara meluas dalam media sosial, yang turut disertakan dengan foto yang menunjukkan seolah-olah saya terkedu di sisi beliau, bahawa saya kononnya terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Tun Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.

Saya sebaliknya merasa teruja dengan kehadiran Tun Dr Mahathir yang, berdasarkan kenyataan Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq, kepada saya selepas majlis itu tamat, memutuskan untuk hadir sendiri ke majlis itu selepas melihat perjalanan wacana itu sejak ia bermula secara live, termasuk tindakan saya yang lantang mengkritik beliau.

Pada hemat saya, cubaan Tun Dr Mahathir untuk menunjukkan keberanian beliau dengan mencabar saya di laman Facebook beliau untuk mengkritik beliau secara berdepan adalah sesuatu yang melucukan kerana jika beliau betul-betul berani beliau sepatutnya menyahut undangan Sinar Harian untuk ikut sama di dalam wacana itu sejak awal lagi sebagai pembicara bukan hadir tiba-tiba di tengah majlis sebagai penonton (yang diberi peluang untuk berbicara).

Saya mengharapkan akan ada soalan dari penonton yang akan membolehkan saya mengkritik Tun Dr Mahathir secara berdepan, malangnya peluang untuk penonton berbicara juga ditutup secara yang, saya dimaklumkan, tidak adil.

Saya juga merasa terkejut dengan sikap hipokrit Tun Dr Mahathir yang memberikan gambaran positif mengenai tahap kesihatan beliau kepada khalayak, tetapi sewaktu jamuan selepas majlis itu tamat saya mendengar sendiri beliau komplen mengenai jadual ceramah beliau yang ketat, mengenai betapa beliau terpaksa menunggu sehingga lewat malam di dalam sesuatu majlis ceramah kerana sering diletakkan sebagai penceramah terakhir dan sebagainya.

Saya dimaklumkan mengenai pelbagai troll memanjang yang dikenakan terhadap saya oleh para pengikut setia Tun Dr Mahathir, termasuk oleh para pemimpin AMANAH. Paling menarik ialah tindakan dua evangelis Kristian utama DAP, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin, menggelakkan saya di laman Facebook mereka.

Tidak mengapa, ada ubi ada batas.

Jumaat, 16 Mac 2018

Agenda Hancurkan Malaysia dengan Menggunakan Proksi Media Barat


Pembangkang menggunakan negara asing untuk musnahkan kepimpinan Islam dalam Negara kita Malaysia yang dipimpin oleh bangsa Melayu sendiri.
Media asing kini meningkatkan serangan di waktu pilihan raya umum ke-14 semakin menghampiri. Perkara yang paling amat mengecewakan ialah dakwaan-dakwaan yang dilemparkan amat tidak masuk akal sama sekali, malah boleh disifatkan sebagai fitnah yang bertujuan menjejaskan reputasi Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan DS Najib diperingkat antarabangsa.
Pembangkang  sedang berurusan  dalam apa cara sekali pun asalkan kepimpinan Islam  berbangsa Melayu ini tumbang. Dengan menggunakan media dan campur tangan asing dalam politik Negara merupakan satu pengkhianatan terhadap kesetiaan kepada Negara dan juga system beraja dalam Negara. Ini merupakan satu tindakan yang amat bahaya yang menuju kepada kehancuran sebuah Negara, seperti banyak yang berlaku terhadap negara-negara islam yang lain.
Majalah The Economist misalnya telah mengeluarkan beberapa siri artikel yang jelas cuba untuk  memesongkan pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia. Melalui satu artikel yang diterbitkan pada 8 Mac 2018.
Majalah berkenaan mendakwa Kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang berusaha untuk mencapai kemenangan dengan cara kotor apabila didakwa cuba memanipulasi sistem pilihan raya dengan idea utk persempadanan semula. Ini jelas merupakan satu tuduhan jahat dan bersifat tohmahan untuk memastikan masyarakat antarabangsa melihat Kerajaan BN ialah sebuah Kerajaan yang jahat.
Kita tak dapat bayangkan bagaimana setelah HARAPAN dilancarkan dengan berpaksikan PKR, PPBM, PAN dan DAP dengan sokongan barat. Apakah akan berlaku kepada umat Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu selepas ini.

Coretan
Suara Sensasi

Selasa, 13 Mac 2018

Skandal Kontrak Kapal Peronda Melibatkan Scorpene



Projek Kroni Tun Mahathir: Skandal kontrak pembinaan 27 buah kapal peronda luar pesisir (OPV) Untuk kegunaan Unit TLDM  berharga RM24.3 bilion atau RM900 juta seunit
(Siri 2)

※ Tun Daim Zainuddin dilantik kembali (comeback) menjawat jawatan Menteri Kewangan berkuat kuasa pada 7hb Januari 1999–31hb Mei 2001 (sessi kedua). Ketika itu yakni apabila Kerajaan Malaysia mengatur gerak kesediaan untuk meningkatkan kekuatan pertahanan negara, Tun Daim melihat peluang makin terbuka dan cukup luas di dalam industri pembekalan aset2 ketenteraan. Lalu beliau telah menjemput Dato Mohamad Ibrahim Mohd Noor yang ketika itu CEO BERNAS menyertainya untuk menubuhkan Perimekar Sdn Bhd. Maka pada Ogos 1999, Perimekar Sdn Bhd telah ditubuhkan sebagai syarikat perunding dan pembuat kertas cadangan kepada kerajaan Malaysia bagi pembelian aset2 ketenteraan yang diperlukan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

※ Di peringkat awal, Perimekar diuruskan oleh Dato Ibrahim dan TS Mohkzani Tun Mahathir. Sementara itu Tun Daim dan TS Mokhzani bergerak selangkah lagi ke depan untuk membentuk pasukan Nukleus Perimekar yang berfungsi sebagai peninjau dan pembuat kertas cadangan pembelian aset2 ketenteraan apabila mereka telah selesai meninjau ke beberapa lokasi pembuat kapal2 yang terkenal seperti HDW dan Blohm + Voss di German. Mereka menggunakan Perimekar sebagai medium untuk melobi pihak2 yang mempunyai kaitan dengan pembelian aset2 ketenteraan. Namun sepanjang tahun 2000, tiada rekod jualan yang tercatat oleh Perimekar.

※ Pada 25hb June 2012 John Berthelsen pengasas Asia Sentinel dan bekas wartawan AWSJ melaporkan bahawa di awal tahun 2001 telah berlaku satu perselisihan faham antara Tun Daim dan Tun Mahathir apabila mereka tidak sependapat berkenaan siapa yang sepatutnya menjadi benefisiari kepada 'bail-outs' (kerugian yang dibayar) dan 'buy-outs' (pembelian yang dibayar) oleh kerajaan di kala sumber2 awam yang terbatas dan tidak mampu lagi untuk diadakan operasi menyelamat syarikat2 kroni yang bermasalah. Akibatnya, Tun Daim terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan pada 31hb Mei 2001. Ketidak-sefahaman itu juga menyebabkan Dato Ibrahim terpaksa melepaskan Perimekar. Jawatan Dato Ibrahim telah diganti oleh Mazlinda Makhzan isteri Abdul Razak Baginda. Nota: Mazlinda Makhzan adalah proxy Abdul Razak Baginda.

※ Nota: Dari segi istilah ekonomi 'Bailout' digunakan untuk menjelaskan situasi sesebuah syarikat yang hampir bankrup telah diberi suntikan dana bagi memenuhi kewajiban jangka pendek. Kebiasaan proses Bailout dilakukan oleh pihak kerajaan atau konsortium beberapa investor yang mengambil berat perihal potensi perniagaan syarikat itu. Manakala 'Buy-outs' pula adalah prasyarat yang ditentukan secara bersama dalam suatu transaksi penjualan atau pembelian saham. Ianya melibatkan pengambil-alihan (acquisation) atau penggabungan (merger) syarikat di mana secara praktik ianya dirujuk kepada potensi perniagaan yang operasinya kekurangan modal.

※ Menurut blogger The Patriots Faris Jamaluddin yang pernah ditugaskan bersama MV MEGA BAKTI dari type SMER-I (kapal Submarine Escape and Rescue-Intervention) dan blogger Seademon, Perimekar Sdn Bhd adalah milik TS Mohkzani bin Tun Mahathir yang pernah usulkan pembelian kapal selam German jenis Type 212 sebelum Perimekar diambilalih (merger) oleh LTAT.

※ Pengasas Asia Sentinel John Berthelsen  mendedahkan bahawa TS Amin Shah Omar Shah telah kehilangan pengaruh rangkaian korporat dan politik di dalam kerajaan setelah Tun Daim meninggalkan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan. Pada mulanya ada usaha dan percubaan membawa masuk TS Razali Ismail (diplomat antarabangsa) ke dalam Perimekar tetapi gagal. Abdul Razak Baginda dilihat calon yang lebih meyakinkan, reputasinya lebih menonjol dan karakter beliau lebih sesuai untuk kerja2 perundingan dan melobi pembelian aset2 ketenteraan. Tambahan pula, Abdul Razak Baginda dan isterinya dikatakan mempunyai hubungan baik dengan Menteri Pertahanan DS Najib dan isteri ketika itu.

※ Pada masa yang sama, Boustead Bhd pula merancang untuk mengambil alih (take-over) penguasaan saham kumpulan Business Focus milik TS Amin Shah di dalam PSC Naval Dockyard Sdn Bhd dikala syarikat tersebut masih lagi mempunyai kontrak membekalkan 6 daripada 27 kapal peronda generasi baru untuk TLDM. September 2001 telah menyaksikan pemilikan Perimekar Sdn. Bhd dipindahkan (merger) ke Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menerusi 'special vehicle' Boustead Berhad yang dikenali sebagai Ombak Laut Sdn. Bhd. Setelah ketiadaan Dato Ibrahim, Lembaga Pengarah Perimekar Sdn. Bhd adalah Laksamana Muda (Bersara) Hussin Tamby dan Mazlina Makhzan. Ianya dilihat seolah2 mudah bagi Perimekar untuk mempunyai perjanjian lain (konspirasi) dengan pembuat kapal German terutama di Blohm + Voss Hamburg.

※ Berpandukan laporan tahunan 2003, pegangan saham Kumpulan PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd adalah seperti berikut;

1. Pensyarikatan PSCI
i. TS Amin Shah Omar Shah 2.5%
ii. Business Focus & Lain-lain 9.9%
iii. Danaharta untuk Business Focus 15.6%
iv. Boustead 18%
v. Telekom 8%
2. PSCI 25%
3. Naval Dockyard
i. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) 10%
ii.  Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF) 11%

※ Di Perimekar, Mazlinda Makhzan ditugaskan untuk kerja2 meninjau dan membuat kertas cadangan pembelian aset2 ketenteraan seperti mana yang dikehendaki oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Lalu pada hujung tahun 2001, beliau telah mensyorkan kepada Perimekar supaya membawa produk kapal selam keluaran DCNS dan Thales dari Peranchis iaitu kapal selam jenis Scorpene yang dianggap kapal selam serangan diesel-elektrik terbaik pada masa itu.

※ Suatu ketika dahulu, TS Amin Shah pernah dilantik mewakili syarikat Thales anak syarikat DCN International dan pengeluar kapal dari German Kockums AB, namun pada 14hb Disember 1995 fail syarikat2 tersebut telah dikeluarkan dari senarai pendek tender pembekalan aset2 ketenteraan. Menurut sumber maklumat dari dokumen yang dirampas oleh unit anti jenayah terancang dan directorat kewangan di Peranchis, syarikat pembuat kapal selam Thales dan DCN International juga telah hilang pengaruh dan rangkaian perniagaan di dalam kerajaan Malaysia setelah Tun Daim meletak jawatan Menteri Kewangan.

※ Persoalan: Kenapa fail tender milik DCN International dan Thales sebagai pengeluar kapal selam jenis Scorpene yang mewakilkan TS Amin Shah kroni Tun Daim sebagai agen dikeluarkan dari senarai pendek pembekal aset2 ketenteraan pada 14hb Disember 1995?. Sedangkan menurut bekas Pegawai Penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Haniff bahawa rancangan pembelian kapal selam jenis Scorpene telah mendapat "Lampu hijau" dari mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan Menteri Kewangan sejak 1995 lagi!. Apakah misi pembelian kapal selam jenis Scorpene ini wujud pertindihan kepentingan antara pihak Tun Daim dan Tun Mahathir?.

(Bersambung di siri 3)

Activist
Aspirasi Rakyat

Isnin, 12 Mac 2018

Skandal kroni Tun Mahathir melalui kontrak pembinaan kapal peronda melibatkan RM24.3 Bilion


Projek Kroni Tun Mahathir: Skandal kontrak pembinaan 27 buah kapal peronda luar pesisir (OPV) Untuk kegunaan Unit TLDM  berharga RM24.3 bilion atau RM900 juta seunit. - (Siri 1)

※ Skandal kontrak pembinaan kapal peronda TLDM ini timbul apabila PSC- Naval Dockyard Sdn Bhd (main contactor) gagal melengkapkan penghantaran 4 buah kapal peronda TLDM dengan sempurna. Atas faktor2 yang tidak diumumkan, Konsortium German Naval Group (sub contractor) tidak dapat mengekalkan prestasi cemerlang sama seperti di Hamburg. Di dermaga Blohm + Voss, sub kontraktor ini berjaya menyiapkan dan  menghantar 2 buah kapal peronda TLDM dengan lengkap.

※ Menurut laporan PAC, sehingga Disember 2006, kerajaan pusat telah membayar RM4.26 bilion kepada PSC-Naval Dockyard walaupun kerja2 siap hanya dinilai berjumlah RM2.87 bilion  dicatatkan, di mana kerajaan terlebih bayar sebanyak RM1.39 bilion atau terlebih 48%. Pemansuhan penalti atas kapasiti syarikat bumiputra bagi kelewatan kerja sebanyak RM214 juta juga diberi. Terdapat lebih daripada 14 pembayaran susulan berjumlah lebih RM943 juta telah dibuat kepada PSC-Naval Dockyard sejak daripada Disember 1999 lagi, tetapi tiada  baucar dikepilkan dan tidak mempunyai sebarang baucar bayaran ataupun dokumen2 yang berkaitan.

※ Kisahnya bermula pada akhir tahun 1980an apabila Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuat keputusan untuk menggantikan kapal2 peronda miliknya yang telah berusia dan uzur. Ianya tidak lagi berupaya untuk beraksi di medan pertempuran masa depan. Pihak TLDM telah mencadangkan kepada kerajaan pusat bagi pemilikan versi 'Next Generation Patrol Vessel (NGPV)' yang lebih canggih dan terbaik buat masa itu. Permohonan ini telah mendapat perhatian kerajaan pusat dan diluluskan.

※ Pada tahun 1991 DS Seri Najib Tun Razak telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet Mahathir dan beliau telah mengumumkan bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia sedang mengatur pembelian kereta kebal, jet Sukhoi, bot peronda pantai dan kapal selam.

※ Zaman pentadbiran Tun Mahathir selama 22 tahun sebagai PM di antara tahun 1981-2003 merupakan era yang dikenali sebagai zaman penswastaan dan pengkorporatan (privatisation and corporatisation). Kebanyakan projek2 yang dirancang oleh kerajaan akan mengalami proses penswastaan. Matlamat utama kerajaan adalah ingin mengajak pihak swasta supaya turut serta memajukan negara.

※ Tun Daim Zainuddin dilantik menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 14hb Julai 1984 - 15hb Mac 1991(sessi pertama). Sebagai Menteri Kewangan dan individu yang rapat dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU), beliau dapat melihat dengan jelas segala perancangan dan pelan pembangunan negara untuk masa hadapan. Salah satu projek yang dirancang tetapi masih belum diwartakan lagi pada ketika itu bertajuk: Membina dan Menyiapkan 27 buah kapal peronda luar pesisir atau Off-Shore Patrol Vessel Untuk kegunaan Unit TLDM berharga RM24.3 bilion atau RM900 juta seunit telah menarik minat beliau.

※ Maka pada tahun 1990 sebagai langkah awalan dan permulaan, Tun Daim bagi pihak Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) bersama pihak aristokrat TLDM sebagai pemilik Dermaga di Lumut Perak telah bersetuju untuk menubuhkan syarikat Naval Dockyard Sdn Bhd (ownership cum sleeping partner) untuk basis mengambilalih projek penswastaan dermaga dan pembinaan kapal.

※ Dermaga TLDM yang diswastakan terletak bersebelahan Pangkalan TLDM di Lumut, Perak. Selain daripada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), pemegang2 sahamnya adalah;
1. Peristima Industries Sdn Bhd
2. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
3. Suria Barisan Sdn Bhd
4.  Syarikat Permodalan & Perusahan Perak [kini KUB (M) Berhad]

※ Bagi merealisasikan perancangan beliau, Tun Daim memerlukan pihak ke-dua yang akan digunakan sebagai kontraktor utama dan pemodal (main contractor cum investor) kepada projek pembinaan kapal peronda tersebut. Lalu, Tun Daim membuka peluang tersebut kepada kenalannya TS Amin Shah Omar Shah. TS Amin Shah merupakan usahawan bertaraf jutawan yang empayar perniagaannya berpusat di P. Pinang.

※ Berpegang kepada prinsip ingin menyahut pelawaan Tun Daim, pada awal tahun 1991 TS Amin Shah dan adik beradiknya telah menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Business Focus Sdn. Bhd. Seterusnya, pada tahun 1992 TS Amin Shah telah berjaya meningkatkan 100% kepentingan di dalam syarikat Penang Shipbuilding Corp. Sdn. Bhd (PSC) dengan kos RM29 juta yang dibayar melalui pinjaman bank dengan saham PSC sebagai kolateral.

※ Pada tahun 1993, pengkalan tentera laut di Lumut Perak diwartakan untuk diswastakan. Maka, syarikat TS Amin Shah yang dikenali sebagai PSCI Industries Bhd menjalin kerjasama dengan syarikat perkapalan dari Australia iaitu Transfield Corporation berusaha untuk dapatkan tender projek pembinaan dan pembekalan kapal2 rondaan. Dan akhirnya TS Amin Shah berjaya memperolehi anugerah projek tersebut.

※ Pada 11hb Disember 1995, kerajaan Malaysia telah menyempurnakan proses penswastaan Naval Dockyard di Lumut dengan kontrak kerja2 pengendalian bernilai RM300 juta diberikan kepada PSCI Industries Bhd (PSCI). TS Amin Shah Omar Shah adalah individu yang dilihat pada asasnya mempunyai kepentingan terbesar di dalam kontrak ini. Pemilik projek tersebut kemudian dinamakan sebagai PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd sempena gabungan syarikat PSCI dan Naval Dockyard Sdn Bhd.

※ Pada tahun 1997, satu kontrak perjanjian bernilai RM24.3 bilion telah ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PSC Naval Dockyard Sdn Bhd (PSCND) untuk membina 27 buah kapal peronda luar pesisir atau Off-Shore Patrol Vessel (OPV). PSCND juga diberikan kontrak membina infrastruktur Dermaga Lumut serta kerja penyelenggaraan dan memberi khidmat kepada semua kelengkapan dan kapal2 TLDM untuk tempoh masa selama 15 tahun.

※ Pada 5hb September 1998, satu surat tawaran daripada kerajaan pusat telah diserahkan kepada PSC Naval Dockyard Sdn Bhd bagi memperakukan, mereka bentuk, membina dan menghantar 6 buah OPV pertama dari 27 buah OPV untuk disiapkan pada tahun 2004. Manakala pada 13hb Oktober 1998 pula, satu kontrak membina 6 buah kapal NGPV telah ditandatangani antara PSC-Naval Dockyard dan konsortium German naval Group (sub-contractor) yang telah memenangi tender bagi membina kapal2 tersebut. Kapal2 NGPV dikenali juga sebagai program kapal ronda generasi baru TLDM yang rupa bentuk berasaskan rekabentuk kapal Blohm+Voss MEKO 100.

※ Mengikut perjanjian, 2 dari kapal pertama akan dibina di limbungan Blohm + Voss yang terletak di Hamburg. 4 kapal berikutnya pula akan dibina di limbungan PSC-Naval Dockyard di Lumut. Ke-enam2 kapal ini merupakan fasa pertama dari sejumlah 27 buah kapal ronda yang diperlukan oleh TLDM bagi meneruskan beroperasi mengawal keselamatan dan kedaulatan kawasan perairan negara.

※ Keseluruhan kontrak fasa pertama dianggar bernilai RM5.6 billion dengan wang pendahuluan 20% didahulukan oleh pihak kerajaan Malaysia berjumlah RM1.07 billion. Pematuhan kontrak memerlukan jaminan kepada alat ganti dan alat komponen perlu ada selama 2 tahun pertama dari pihak German. Selepas tempoh tersebut, komponen dan alat-ganti ini bakal dikeluarkan oleh PSC-Naval Dockyard di Lumut. Selain itu, kontrak juga memerlukan alat ganti dan komponen buatan tempatan bagi membina kapal tersebut tidak kurang dari 30%.

※ Dalam pada itu, sejak dari tahun 1995 lagi apabila kejayaan usaha penat lelah TS Amin Shah Omar Shah membuahkan hasil serta mendapat pujian meluas media samada di dalam atau di luar Malaysia, ianya telah mendorong Tun Mahathir merangka perancangan untuk turut serta meluaskan lagi peluang di dalam industri aset ketenteraan. Beliau melihat perancangan ini boleh dicapai melalui program penganjuran LIMA di Langkawi.

※ Pada tahun 1997 di pameran LIMA 97, kapal selam dari Perancis yang dibawa ke Langkawi menarik perhatian Tun Mahathir. Dalam buku bertajuk “Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia”, mukasurat 218, menyatakan pada tahun 1998, Perdana Menteri Perancis Michel Rocard dan Tun Mahathir berutus 4 pucuk surat. Antara kandungan surat itu menyatakan bahawa Malaysia Airlines (MAS) akan mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapat 2 kapal selam buatan Perancis jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009. Pada tahun 2002, kontrak pembelian kapal selam bernilai RM3.7 billion diluluskan oleh Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

※ Bekas pegawai penyiasat ketenteraan, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff mendedahkan bahawa anak Tun Mahathir iaitu TS Mokhzani bin Tun Dr Mahathir dan Tun Daim terlibat dalam urusan kapal selam ini. Cadangan asal pembelian kapal selam tersebut datangnya dari TS Mokhzani dan Ibrahim Mohd Noor (bekas CEO BERNAS proxy Tun Daim Zainuddin).

※ Pada tahun 2003 dan 2004, dua buah kapal yang siap dibina di Hamburg telah selamat tiba di Pengkalan Lumut dibawa dengan kapal pengangkut khas. Kontrak seterusnya untuk fasa pertama ini mensyaratkan syarikat dari German tersebut menyiapkan 4 buah kapal lagi di Pengkalan Lumut. Mengikut kontrak, ke semua kapal perlu disiapkan sebelum bulan April 2007 dan penghantaran pertama perlu dilakukan pada bulan Mac 2004

※ Malangnya selepas dari pelancaran gilang gemilang ke-dua2 kapal yang baru diterima dari Hamburg, seperti ada yang tidak kena apabila proses pembinaan kapal2 di pengkalan Lumut mula mengalami masalah. Hanya pada Jun dan Ogos 2006, barulah penghantaran untuk ke-dua2 kapal tersebut dapat diadakan.

※ Namun begitu, kualiti kapal tersebut tidaklah memuas hati. Terdapat 100 laporan kerja tidak lengkap pada kapal yang pertama dan 383 pada kapal yang ke-dua. Terdapat juga 298 aduan khusus mengenai operasi kedua2 kapal tersebut. Ini menjadikan kedua2 kapal tersebut tidak menepati syarat2 piawaian teknikal yang ditetapkan dan ianya tidak dapat beroperasi pada tahap maksima. Lebih membimbangkan lagi kondisi kapal itu mampu memberi impak bahaya kepada keselamatan dan nyawa krew kapal2 tersebut.

※ Maka telah timbul pelbagai persoalan berkenaan bagaimana dan kenapa syarikat sub-kontraktor dari German iaitu Konsortium German Naval Group gagal mengekalkan prestasi cemerlang seperti di Hamburg!. Adakah projek ini disabotaj bagi mengkambing-hitamkan TS Amin Shah Omar Shah?. Atau adakah wang peruntukan untuk projek ini cuba dialihkan untuk projek lain?.

(Bersambung di siri 2)..

Sabtu, 10 Mac 2018

Ekonomi Malaysia yang Mampan, Dinamik dan Inovatif

2.26 juta pekerjaan baharu, diiktiraf negara terbaik untuk pelaburan, kebergantungan kepada hasil minyak diturunkan. Ekonomi Malaysia terus mampan! Kata PM DS Najib Razak.
Bagi graduan yg bakal mencari pasaran pekerjaan bakal menjamin masa depan mereka dgn peluang yg kerajaan sedia untuk mereka.

Begitu juga dengan ekspot bulanan dimana RM82.62 bilion hasil ekspot bulanan tertinggi.  Negara mencipta ekonomi yg gemilang dan diiktiraf dunia.


Semuanya hasil usaha kerajaan yang dipimpin oleh DS Najib Razak. 

Tulisan
Suara Sensasi




27 kebaikan amalan Bekam dalam islam

Islam juga mengalakkn kita untuk mencuba bekam bagi mengeluarkn darah kotor yang ada dlm badan. Di zaman Rasulullah s.a.w juga berbekam sering di ajar untuk memulihkan tenaga. Setiap penyakit ada ubatnya selain Mati. 

Antara 27 kebaikan berbekam :

1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .
3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.
4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .
5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.
6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .
8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.
9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.
10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung
11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.
12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .
13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.
14. Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.
15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .
16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.
18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.
20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.
21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.
23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.
24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.
25. Hilangkan stress dan tekanan
26. Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi   SAW
27. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil

Tulisan
Suara Sensasi
Aspirasi Rakyat

Jumaat, 9 Mac 2018

Adakah DS Rafidah terlibat dengan isu rasuah melibatkan Unit Saham Bumiputera ..???


Pada 14/3/1995 Satu Siasatan Badan Pencegah Rasuah terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri iaitu Dato' Seri Rafidah Aziz telah dijalankan.  Ianya bagi menentukan samaada Beliau ada melakukan kesalahan di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970.
Siasatan itu mendedahkan fakta-fakta seperti berikut :-

1.  Pada 30.10.92 Asian International Merchant Bankers Bhd (AIM Bankers) membuat permohonan kepada kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi pihak Leader Universal Holding Bhd. (LUHB) untuk terbitan khas 26,232,000 unit saham berharga RM1.00

2.  Rejab Bin Lebai Man menyediakan kertas cadangan Pembahagian Saham utk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembahagian Saham Bumiputera (JPSB). Cadangan pembahagian Rejab melibatkan 19 individu dan ianya adalah seperti berikut :

     1) LTAT                                   10,000,000
     2) Koperasi Polis                    7,050,000   
     3) Wan Ismail Wan Ni          2,000,000   
     4) Abdul Rahman Ah.              250,000
     5) Marzuki Datuk Ibrahim  1,000,000
     6) Mirzan Mahathir                  250,000 
     7) Lanar Bintang Sdn Bhd    2,000,000
     8) Wan Awang Mahmud          200,000
     9) Mohd Harith Mohd Shariff 250,000
   10) Adnan Dato' Shuib                250,000           11)  S.D.B Corp. Sdn Bhd             250,000
   12) Fazrin Azwar Mohd Nor      250,000
   13) Dato' Hj M.Ramli Khusairi   250,000
   14) Yayasan Islam T'gganu         372,000
   15) Yayasan Perak                        372,000
   16) Yayasan Perlis                        372,000
   17) Yayasan Islam Kedah            372,000
   18) Yayasan Pelajaran Johor      372,000
   19) Yayasan Melaka                     372,000
       
3. Antara lain kertas cadangan ini mencadangkan Fazrin Azwar Bin Mohd Nor ( Menantu DS Rafidah Aziz) diperuntukkan sebanyak 250,000 saham. Cadangan pembahagian saham JPSB ditangguhkan kerana Beliau mahu pembahagian saham antara individu , syarikat dan yayasan dibuat secara samarata.

4. Pada 20/4/1993 Rejab Bin Lebai Man telah menyediakan satu lagi cadangan dimana cadangan tu Berjaya mengurangkan agihan saham dengan nilai baru dengan 16 individu sahaja dan ianya adalah seperti berikut

   1) LTAT                                   5,000,000   
   2) Koperasi Polis                  5,050,000   
   3) Wan Ismail Wan Nik      1,500,000   
   4) Abdul Rahman Ahmad         -         
   5) Marzuki Datuk Ibrahim 1,500,000   
   6) Mirzan Mahathir             1,500,000   
   7) Lanar Bintang Sdn Bhd  1,500,000   
   8) Wan Awang Mahmud           -         
   9) Mohd Harith M.Shariff  1,500,000   
  10) Adnan Dato' Shuib         1,500,000 
  11)  S.D.B Corp. Sdn Bhd      1,500,000
  12) Fazrin Azwar M.Nor      1,500,000
  13) Dato' Hj M.Ramli Khusair250,000              14) Yayasan Islam T'gganu     706,000
  15) Yayasan Perak                    706,000
  16) Yayasan Perlis                    705,000
  17) Yayasan Islam Kedah        705,000
  18) Yayasan Pelajaran Johor  705,000
  19) Yayasan Melaka                 705,000
 
5. Dengan cadangan baru ini Fazrin Azwar Bin Mohd Nor (menantu DS Rafidah Aziz) Berjaya menambah sahamnya dari 250,000 saham kepada 1,500,000 unit saham. Kenaikan sebanyak 6 kali ganda.

6. Perbuatan ini menjurus pada fakta bahawa beliau mengambil bahagian didalam keputusan dimana terdapat unsur rasuah untuk faedah kepada menantunya.

Maka Inilah yang dikatakan pembahagian samarata....


Catatan
SuaraSensasi