Jumaat, 10 Mac 2017

ZAIRIL SAHKN 1MDB SKANDAL BERSKALA BESAR DAN PAS WAJAR JADI JEMAAH TABLIGH


Ahli Parlimen Bukit Bendera,  Zairil Khir Johari tidak dapat menyembunyikan perasaan berangnya terhadap PAS lantaran serangan bertali arus terhadap beliau dalam isu tarian disko dan mabuk di sebuah kelab malam sehari dua ini.

Bagi mengalih perhatian rakyat terhadap isu tersebut, beliau nampaknya menulis panjang lebar menyerang seteru kuat DAP, iaitu PAS.
Suara Sensasi tidak berhasrat mengulas serangan beliau terhadap PAS, biarlah para pemimpin dan pengikut PAS menjawabnya.
Apa yang Suara Sensasi tertarik adalah bagaimana seorang pemimpin muda masa hadapan DAP seperti beliau berani menyanggah hujah-hujah ulama' PAS tentang matlamat sebenar parti tersebut yang meletakkan kemenangan akhirat lebih utama dari kemenangan pilihanraya.

Selain dari itu, Zairil juga bukannya seorang peguam hebat atau akauntan tersohor untuk mengesahkan bahawa isu 1MDB adalah suatu isu *SAH SKANDAL PENYELEWENGAN BERSKALA BESAR*, apatah lagi beliau juga bukannya anggota PAC yang menjalankan siasatan ke atas 1MDB atau Hakim yang menjatuhkan hukum atas perbicaraan penyelewengan 1MDB.

Tetapi beliau berani mengeluarkan kenyataan yang memberi implikasi undang-undang padanya dan Suara Sensasi tidak pasti apakah pihak 1MDB juga mempunyai keberanian sedemikian menyeret beliau ke mahkamah sekiranya dakwaan beliau adalah palsu dan merupakan suatu fitnah.

Beliau begitu seronok menfitnah Tuan Guru Presiden PAS hari ini. Tuduh Tuan Guru lindungi dan pertahankan Najib dalam skandal kewangan 1MDB.
Suara Sensasi yakin Negara akan semakin rosak jika diperintah oleh kelompok ahli politik yang sanggup buat apa sahaja untuk berkuasa dan pertahankan kuasa walaupun bercanggah di sisi Hukum Syarak.

Sama-sama kita saksikan sama ada PKR, BERSATU, PAN dan IKRAM akan menegur satu-satunya ustaz DAP, En Zairil di atas keterlanjuran kata-katanya.


Tulisan
Suara Sensasi

SITI KASSIM MENDESAK BUKAN ISLAM PERLU BERANAK LEBIH BANYAK


Siti Kasim sebelum ini telah berucap di hadapan penganut-penganut Kristian dalam sebuah forum anjuran sebuah NGO Kristian mendesak orang-orang bukan Islam agar mereka membiak bagi menghasilkan lebih ramai lagi anak yang bukan islam untuk mengimbangi bilangan orang Islam di Malaysia.
 
Beliau juga meminta mereka untuk bangkit berjuang bersamanya untuk menentang kesemua orang Islam yang menyokong usaha pemerkasaan kedudukan Mahkmah Syariah di dalam Negara.
 
Katanya- "Menurut bancian terdapar 68% orang Islam di Malaysia.  Tolonglah membiak lebih ramai lagi orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu harus berjuang bersama-sama dgn Melayu seperti saya.  Kita ada ramai"
 
 
 
Begitu sedih sekali melihat seorang umat yang hilang jati diri dan bersikap sombong pada Penciptanya, sehingga lupa diri, angkuh dn sombong dengan kehidupan yang diberi. Dunia hanya sementara selagi masih sempat melihat langit dan bumi..
 
 
 
 
 
Tulisan
Suara Sensasi

KAJI LATARBELAKANG SALASIAH PEMIMPIN UTAMA DAP MALAYSIA

 
🔥PANAS BERAPI!!! 
 
SATU PESANAN  YANG MESTI DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA !              
 
Mari kita renung-renungkan dan BERFIKIR sejenak akan sejarah politik Malaysia! 
 
(1) PAS lahir daripada UMNO. Bila Tn Hj Fuad kalah lawan YM Tunku Abd Rahman Jawatan Presiden Parti                      
                                
(2) PAN lahir daripada PAS. Bila Mat Sabu dan G18 kalah dalam muktamar pemilihan PAS.
 
(3) PKR lahir daripada  UMNO, BN, PAS. Bila Anwar Ibrahim dipecat drp Timb. Presiden parti.      
      
( 4) Kini kebanyakannya pengasas PKR sudah lari kembali kepada BN. Apabila tersedar mereka dikencing. Apabila tersedar PKR hanya alat untuk peribadi Anwar.
                    
( 5) DAP lahir selepas Singapura keluar dariada Malaysia.
                             
 (6) DAP lahir daripada PAP. Lim Kit Siang adalah bekas Setiausaha Politik Lee Kuan Yew.
          
 (7) PAP dan DAP dariada acuan yg sama. Lahir drp MPAJA dan Komunis Bintang 3 yang wujud di Tanah Melayu oleh Chin Peng.
                   
 (8) Bila Jepun serang negara Komunis China. Tujuannya utk jadikan negara sbg negara Komunis.          
                      
(9) Ramai Melayu dipancung dan disembelih. Ramai juga yg dirogol dan disula, apabila kehendak Komunis gagal dipenuhi atau DISYAKI bekerjasama dgn Jepun. Itulah asal usul DAP yang teramat- amat licik.      
                                          
(10) Kalau dulu di hutan, kini mereka di bandar. Agenda perjuangan komunis masih tak berubah.  
  
(11) Yg bodoh lagi BEBAL, hanyalah anak-anak muda Melayu. Akibat senang dibeli serta dipengaruhi pangkat dan wang. Mereka lupa sejarah lampau. Mereka alpa dgn keindahan seketika. Sampai masanya kalian akan diperkuatkan sampai mampus. Apabila DAPigs sudah berkuasa, kalian akan di”BABI”kan oleh mereka. Tak guna menangis lagi kerana nasi sudah menjadi bubur. DAPigs tetap anti Melayu sampai bila-bila kerana azam DAPigs hanyalah untuk menghancurkan UMN-BN dan orang-orang Melayu.    
                     
🔥 Nota: 
 
Cuba kaji latarbelakang dan salasilah pemimpin-pemimpin utama DAPigs. Mereka kesemuanya ada kaitan kekeluargaan dan beragama Kristian Evangelist iaitu agama pecahan Kristian yg dibuat oleh Yahudi Nasrani. Chin Peng adalah pengasas Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan sepupu kpd Lim Kit Siang dan Lee Kuan Yew. Pengerusi DAPigs Perak, Ngeh Koo Ham dan Ngeh Kor Ming adalah anak saudara kepada Chin Peng. Anthony Loke, DAP N9 adalah anak dua sepupu kpd Chin Peng. Teresa Kok adalah  sepupu kepada  isteri Lim Kit Siang. Tony Phua adalah  anak sepupu kpd Lee Kuan Yew. Nizar (bekas MB Perak) juga sepupu Ngeh dan Ngor.  

   ðŸ‘‰ðŸ‘‰ðŸ‘‰   Sila share pd anak-anak muda Melayu supaya mereka kaji sejarah dan jgn pakai ikut dan hentam KEROMO sahaja. Jadikan sejarah sbg tauladan supaya bangsa kita takkan lenyap di arus zaman. Jgn jd seperti orang-orang Melayu Champa, drp Kerajaan yg terhebat di suatu ketika dulu, kini merempat di bumi sendiri (Kemboja)..

SUMBER DARI:
BEKAS ASKAR WATANIAH TAHUN 80-AN DAN DIOLAH OLEH MNI BEKAS ANGGOTA KOR GERAKHAS 70-AN
 
 
 
Tulisan
Suara Sensasi

Khamis, 9 Mac 2017

PARLIMEN ISRAEL LULUS MANSUHKAN SUARA AZAN

AZAN, terutamanya waktu Subuh menganggu penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan, merupakan alasan yang dikemukakan di Parlimen Israel sewaktu pembentangan rang undang-undang yang melarang penggunaan pembesar suara di masjid, semalam. 
 
Seramai 55 anggota Parlimen menyokong dan 48 menentang rang undang-undang yang dibentangkan serta dibahaskan buat pertama kali itu.
 
SUARA SENSASI teringat usaha pihak-pihak tertentu di Malaysia yang melarang penggunaan mikrofon dan  pembesar suara di masjid dan surau. 
 
*KEBETULAN atau PERSAMAAN?*
 
Bersyukurlah kepada ALLAH dan barang siapa yang bersyukur kepada ALLAH maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya ALLAH MAHA KAYA LAGI MAHA MENGETAHUI
 
 
 
Tulisan
Suara Sensasi

PENYAKIT MELAYU MASA KINI


PENYAKIT MELAYU

Penyakit melayu terserlah dengan keangkuhan yang mengundang perpecahan hanya kerana menjadi hamba kepada politik serta individu tertentu.

Penyakit melayu nampak seolah hebat dan tangkas di medan perang... tapi cuma menentang sesama sendiri bukan beradu kebijaksanaan menghadapi musuh.

Penyakit melayu suka meninggi diri, sombong dan ego serta membawa watak curang dengan memperlekeh sesama sendiri.

Penyakit melayu lebih enak menikmati gula2 manis daripada pembangkang serta RBA dengan mengetepikan kewarasan pemikiran anugerah Allah s.w.t


Penyakit melayu lebih suka mendewakan bangsa asing melebihi bangsa sendri seperti pepatah melayu kera di hutan disusukan anak di rumah dibiar kelaparan.

Penyakit melayu tidak bijak mengaplikasikan kelebihan kuasa yang ada tetapi banyak memberi peluang kepada bangsa asing untuk memonopoli segala aset negara.

Penyakit melayu cuma bijak berkata2 tetapi dayus dalam segala perbuatan serta tindakan konon untuk menjadi tuan rumah yang cukup disegani dan prihatin.

Penyakit melayu berani melangkah ke gelanggang bukan mempertahankan hak keistimewaan sebaliknya meleraikan perpaduan demi kelangsungan politik peribadi.

Penyakit melayu bukan sedikit virusnya tetapi semakin bercambah kepuakkannya tanpa sebarang penyatuan bersama kata hati yang disimpul padu.

Penyakit melayu melihat masa depan dengan jarak yang singkat demi kekayaan, kemewahan dan kekuasaan yang bersifat sementara cuma.

Sedarlah wahai orang2 melayu...sejarah mengajar kita menjadi manusia yang insaf tentang peristiwa silam. Tiada siapa yang mampu mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri.

http://persatuansolidaritinasional.blogspot.my

Hasil nukilan,
Norshahida Salleh
Presiden PerSoNa Kebangsaan.
Sebuah NGO membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan sebuah blog berhubung kegagalan projek bekalan air bersih ke sebuah pulau di Sabah.
 
Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, akibat kegagalan projek berkenaan, lebih 12,000 penduduk tidak dapat menikmati bekalan air bersih.  Katanya, blog Captain M The Great Soldier mendakwa berlaku penyalahgunaan dana dalam projek berkenaan semasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) diterajui Datuk Seri Shafie Apdal.

“Sehingga kini belum ada laporan rasmi dibuat meskipun blog tersebut telah membuat kenyataan berdasarkan bukti yang diterima yang tidak sepatutnya kita tidak ambil peduli,” tegas Zulkarnain ketika ditemui pemberita di luar bangunan SPRM Putrajaya hari ini.

 Justeru itu Zulkarnain mempersoalkan mengapa projek itu gagal dilaksanankan.  “Wang RM100 juta itu adalah wang rakyat Malaysia. Kita perlu tahu kenapa projek ini boleh gagal dan adakah projek itu diketahui oleh kerajaan negeri atau tidak?” soalnya.

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebelum ini memaklumkan sedang menyiasat projek itu.  Shafie, bekas naib presiden Umno, kini memimpin parti pembangkang sendiri setelah tidak sependapat dengan Datuk Seri Najib Razak, terutama dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang diterima bekas presidennya itu.

Anggota PAC, Dr Tan Seng Giaw berkata wang yang disalurkan kerajaan persekutuan melalui KKLW itu adalah untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk kampung miskin dan sekolah di Pulau Gaya.

“Kami pergi ke Kota Kinabalu untuk meninjau projek itu. Ia teruk. Mereka juga adalah orang miskin.

“Kami nak tahu mengapa penduduk kampung masih tidak dapat bekalan air apabila kerajaan persekutuan sudah memberi wang mencukupi untuk projek itu?” soalnya.
 
 
Activist Suara Sensasi

THE MALAY DILEMMA' ADALAH RETORIK PEMBOHONGAN SULUNG OLEH TUN M... AKHIRNYA, BELIAU JUGA MENJADI KELDAI KEPADA KAPITALIS CINA...


Hilang kemasyhuran, hilang kebanggaan, hilang maruah, hilang jati diri, hilang prinsip, yang tinggal hanyalah sekelumit rasa simpati... itu pun sedang terhakis sedikit demi sedikit... apabila terus-terusan menyalak bukit, 
 
■ Tun Dr Mahathir menulis buku The Malay Dilemma sebagai tindak balasnya kepada tragedi 13 Mei 1969 dan beliau telah tewas pada pilihanraya umum 1969 (disebabkan kaum Cina memilih PAS). Buku itu telah disenaraikan sebagai menghasut dan terlalu berbaur perkauman. Kerajaan Pusat pada ketika itu tiada pilihan selain mengharamkan buku tersebut dan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mahukan Dr Mahathir ditangkap namun telah dinasihatkan tidak berbuat demikian.
 
■ Malah, Ahli Parlimen Rawang, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman, anak kepada Yang Di Pertuan Agong yang pertama, membantu menyembunyikan Dr Mahathir bagi mengelakkannya dipenjarakan.
 
■ Maka sesuatu yang amat pelik apabila selepas itu Tun Dr Mahathir bertindak sebagai anti-kerabat diraja walhal kerabat dirajalah yang menyelamatkannya. Mungkin kerana kebenciannya terhadap kerabat diraja menyebabkan beliau membenci Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah dan Majlis Raja2.
 
■ Buku The Malay Dilemma Dr Mahathir sarat dengan kemarahan dan racun. Kaum Cina sangat bimbang apabila Tun Dr Mahathir mengambil alih kerajaan pada 1981 sebagai Perdana Menteri dan mereka sudah bersedia apa yang bakal terhidang, kemungkinan besar pembersihan etnik kaum Cina dan pengusiran warga Cina keluar dari Malaysia.
 
■ Tetapi sebaliknya telah berlaku, mereka terkejut apabila mendapati Dr Mahathir rupanya sahabat paling baik kaum Cina, atau sekurang2nya bersahabat dengan kapitalis dan jutawan berbangsa Cina. Tun Dr Mahathir memilih jutawan Cina dan menjadikan mereka jutawan bilion. Malah Dr Mahathir turut memberikan RM3 bilion kepada kaum Cina pada pertengahan 1980-an ketika krisis ekonomi melanda Malaysia. (Dan apabila kaum Melayu membantah, beliau memberikan RM500 juta untuk menutup mulut mereka, maka beliau melakukan apa yang beliau tuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lakukan).
 
■ Persoalannya, adakah pada ketika itu Tun Dr Mahathir benar2 serius mengenai sentimen perkauman dan The Malay Dilemma atau hanya bermain wayang?. Adakah beliau berubah apabila menjadi Perdana Menteri, sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim berubah apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri atau hanya berlakon serta hanya menggunakan patriotisme kemelayuan sebagai landasan politik bagi melangkah lebih jauh (sama seperti DSAI menggunakan platform Islamnya)?
 
■ Tun Dr Mahathir perlu mengimbau kembali The Malay Dilemma yang ditulis 45 tahun lalu dan menulis yang baru dengan pindaan. Jika tidak, beliau telah menipu dan buku yang ditulisnya adalah satu pembohongan!.
 
■ Jika Dr Mahathir benar2 menterjemahkan dakwaannya di dalam buku The Malay Dilemma 45 tahun lalu kita tidak akan nampak beliau bekerjasama atau bersuhabat dengan jutawan Cina bagi menjarah kekayaan negara secara total.
 
■ Rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu telah dipermainkan. Kaum Cina menghentam Artikel 153 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walhal pada masa yang sama, jutawan berbangsa Cina yang berubah menjadi jutawan bilion disebalik tirai DEB.
 
■ Satu contoh yang paling jelas adalah perjanjian ERL.
Berdasarkan kepada renewal kontrak perjanjian terkini, kadar dipersetujui dan pembayaran daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) membuat unjuran perolehan lebih RM1 bilion setiap tahun bermula tahun 2017 dan RM2.5 bilion setiap tahun bermula pada tahun 2027.
 
■ Angka ini sangat besar jika mengambil kira kos pembinaan yang melambung kepada RM2.4 bilion dan YTL sudahpun memperolehi keuntungan besar daripada permulaan perolehan kontrak pembinaan dari Tun Mahathir.
 
■ Berdasarkan surat daripada Kementerian Kewangan kepada MAHB bertarikh 21 Ogos 1997 (Rujukan UPE(S)65/3/5), ia merujuk kepada satu memorandum daripada Tun Dr Mahathir yang mengarahkan MAHB untuk membayar Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) sebahagian daripada cukai lapangan terbang yang dikenakan terhadap penumpang domestik dan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia turut meliputi KLIA2.
 
■ Pembayaran MAHB kepada ERL ini bermula pada hari pertama operasi sehinggalah ke penghujung tempoh konsesi 30 tahun. Pembayaran ini akan meningkat 10% setiap tahun sehingga konsesi tamat. Ini bermakna, KLIA dan KLIA2 bakal menaikkan kadar cukai lapangan terbang bagi menampung pembayaran yang terus meningkat kepada ERL.
 
■ Melalui perjanjian konsesi ini, tambang ERL (diasingkan daripada cukai lapangan terbang) boleh meningkat kepada RM97 menjelang tahun 2019, kemudian kepada RM126 menjelang 2024 (berbanding RM35 ketika ini dan RM55 pada tahun 2017).
 
■ Jika kenaikan ini tidak dibenarkan, kerajaan terpaksa membayar berbilion Ringgit sebagai pampasan kepada ERL.
 
■ Selain itu (melalui perjanjian yang sama), terdapat klausa membenarkan YTL untuk melanjutkan konsesi kepada 30 tahun lagi. Ini bermakna YTL akan tetap ‘mencetak wang’ biarpun bos YTL sudah mati atau mereput dalam kubur mereka.
 
■ Overview: Apa yang ditulis Dr Mahathir pada Buku The Malay Dilemma? Adakah hanya sampah ditujukan kepada kaum Melayu agar memberi sokongan untuk beliau menjadi Perdana Menteri?.
 
Benarlah seperti kata bekas Setiausah Sulit beliau yang berbunyi;
 
"JANGAN DENGAR APA YANG MAHATHIR KATA TETAPI LIHATLAH APA YANG BELIAU BUAT..."

Tulisan
Rozmi Mokhtar
Activist Suara Sensasi

CALON PM : DAP HANCURKAN HATI TUN MADEY DAN DIN PAGUH


Baru-baru ini DAP mengeluarkan kenyataan bakal memilih Kak Jijah sebagai bakal PM jika menang PRU14. Ini menunjukkan kononnya DAP cuba mencipta sejarah untuk melantik seorang wanita utk mentadbir Negara kita Malaysia seperti Wan Azizah sebagai PM ke 7.  Kita semua sedia maklum calun PM pilihan Madey ialah Mydin, Presiden parti bungaraya PPBM sekarang.  Beliau juga mendakwa bahawa puak pembangkang tidak menamakan lagi calon PM sehingga sekarang. Ianya tidak mengejutkan kerana pembangkang tidak mungkin akan bersependapat dalam isu ini.

Malah, pembangkang terpaksa zip mulut supaya rakyat tertipu kononnya mereka adalah satu pakatan satu suara. Tetapi kenyataan terbaru ahli parlimen DAP di dalam Dewan Parlimen pasti akan mengecewakan Mahathir dan Muhyiddin.

Kononnya mahu menyindir YB Khairy Jamaluddin tetapi kenyataan Anthony Loke DAP ini sudah pasti akan merenggangkan lagi perhubungan sesama pembangkang. Di antara kenyataan ahli politik DAP itu,
"Kita (pembangkang) bersedia menyokong Permatang Pauh sebagai Perdana Menteri jika diberikan mandat. Tidak perlu tunggu 2050," kata ketua whip DAP itu semasa membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat.

Jelas bahawa pilihan cauvinis DAP ialah Wan Azizah dan bukannya pilihan Tun Mahathir Mohammad. Di sini dengan jelas meletakkan Wan Azizah sebagai bakal calun PM ke 7 ibarat meletakkan seorang "Patung Cendana" supaya mereka boleh hari-hari memutar dan bermain skrew  di belakang Kak Jijah mengikuti arahan DAP.

 Lihat video :


Dalam masa yang sama, kenyataan wakil DAP ini juga menggambarkan bahawa parti cauvinis DAP adalah parti yang dominan di dalam pembangkang.

Moral yang dapat kita lihat Pembangkang hanya pandai berkata-kata tetapi mereka belum layak memerintah Negara... muktamat..!!


 Tulisan
Suara Sensasi

SKMM DIMINTA SIASAT INDIVIDU YANG KERUHKAN ISU KOREA UTARA DI MEDIA SOSIAL

 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di minta untuk menyiasat mana-mana individu di negara ini yang cuba menyemarakkan isu hubungan diplomatik Korea Utara-Malaysia di media sosial.

Permintaan itu disuarakan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, memandangkan ketika ini ada individu dilihat sengaja mengeruhkan isu terbabit dengan membandingkan dari aspek persenjataan dimiliki kedua-dua negara.
 
"Ada yang membezakan mengenai kononnya kita guna meriam buloh dan sebagainya. Mereka ini mesti ditangkap.
 
"(Tindakan mereka ini) seperti ada rasa dan niat untuk perlekeh usaha kerajaan (dalam mencari penyelesaian). Ini adalah soal maruah (negara) kita," katanya ketika menyampaikan perbahasan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

"Kalau perlu ada usul khas (di Dewan Rakyat) buatlah...untuk kita nyatakan pendirian tegas kita mengenai isu Korea Utara ini," katanya.🔵

SEBAB MULUT BADAN BINASA - TIAN CHUA DI DENDA RM3000 BERSALAH ATAS KATA-KATA KESAT

Petaling Jaya 9 Mac 
Mahkamah Seksyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh mengaibkan seorang pegawai polis, tiga tahun lalu
 
.
Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, itu turut berdepan hukuman penjara tambahan tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Pada 12 Ogos 2014, Tian Chua mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan mengaibkan terhadap Deputi Superintendan Glenn A. Sinappah yang bertugas di Balai Polis Petaling Jaya, di pintu utama lobi Hotel Armada di sini pada pukul 7.45 malam, 14 April 2014. 

Pemimpin parti pembangkang itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
 
 
Tulisan
Suara Sensasi
 

Rabu, 8 Mac 2017

RAFIZI MINTA AGAR HARGA MINYAK DI SELARASKAN MENGIKUT MINGUAN BUKAN BULANAN



RAFIZI MULA MERAPU DALAM ISU HARGA MINYAK DISELARASKAN SECARA MINGGUAN .... DULU BELIAU JUGA YANG MENCADANGKAN KINI DIA PULA YANG MEMBANTAH KERAS.
 
Dua tahun lalu pada 2hb Januari 2015 pakar strategi yang paling brilian, pintar, bijak, berwawasan, berpandangan jauh dan terbilang seantaro dunia YB Rafizi Ramli mencadangkan agar harga minyak ditetapkan secara mingguan dan bukan bulanan.
 
Ini linknya akan cadangan pakar strategi yang tersohor ini.

Apabila cadangan beliau disahut beliau terus membuat U Turn kona baring PIPI CECAH TAR menyatakan jika ianya dilaksanakan maka ianya membebankan rakyat pula.
 
Ini linknya yang pakar strategi hebat lagi terbilang ini membuat U Turn kona baring pipi cecah Tar:-
 
 
 
Tulisan
Suara Sensasi
 

SPRM mensasarkan 3 tahun bersihkan rasuah menjawat awam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menetapkan 3 tahun untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada gejala rasuah. Sasaran tertumpu dalam kalangan agensi penguat kuasa, badan-badan pengawal, pihak berkuasa negeri dan tempatan.

"3Tahun jangkaan ini di pilih kerana pada 2020 dimana Malaysia mencapai status Negara Maju" kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki semasa beliau menghadiri majlis Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersama SPRM di KKLW hari ini

Beliau berkata, sepanjang 2016 sebanyak 665 kertas siasatan dibuka untuk siasatan yang melibatkan penjawat awam. Ini menunjukkan betapa seriusnya rasuah dalam kalangan penjawat awam. Ini perlu dibendung dari sekarang kerana dikhuatiri jumlahnya semakin meningkat

Dari 665 kertas siasatan itu, seramai 548 penjawat awam ditangkap dan 63 kes dituduh di mahkamah, katanya. Ditanya mengenai fakto yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan penjawat awam, beliau berkata, keadaan Negara yang semakin menbangun dan banyak transaksi ekonomi berlaku membuka banyak peluang untuk rasuah

Dalam keadaan ini apabila seseorang diberi kuasa, dia mudah terjebak dalam rasuah atu penyalahgunaan kuasa. beliau juga merujuk kepada kes yang berprofile tinggi Jabatan Air Sabah sebagai indicator yang tidak baik apabila seorang penjawat awam boleh "TIDUR" dengan wang sebanyak RM50 juta di rumahnya


Tulisan
Suara Sensasi

PUNCA DAP BANTAH RUU355 TERJAWAB

 
 
 
Inilah salah satu punca kenapa Dyana stress dan menjadi perokok terjawab apabila dilihat buah hatinya Zairil Khir Johari mula berlaku curang dan meninggalkannya...
 
Ibarat habis madu sepah dibuang kesian..kesian..kesian...
Anda boleh saksikan aksi hebat ustaz DAP ahli perlimen DAP Pulau Pinang berparti dalam kelab malam. Ini semua demi rakyat kata depa lahh...😆😆😆😆😆
 

Selasa, 7 Mac 2017

ELAUN SARA HIDUP BUAT 5000 NELAYAN

ELAUN SARA HIDUP : LIMA RIBU NELAYAN DAPAT PERUNTUKAN SEBANYAK RM12.5 JUTA
 

Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan industry Asas Tani memperuntukkan sebanyak RM12.5 juta kepada nelayan darat di seluruh Negara pada tahun lalu.  Timbalan Menterinya Datuk Tajuddin Abdul Rahman menyatakan demikian di Pasir Salak selepas merasmikan pusat pengumpulan ikan air tawar kampong Baru Pulau Tuga Kanan, Pasir Salak semalam

Seramai 5000 orang nelayan darat mendapat manfaat dari peruntukan berjumlah RM12.5 juta itu.
Elaun sara hidup tersebut diberikan sebanyak RM200 seorang oleh kerajaan semenjak 2014

Tulisan
Suara Sensasi

Kerajaan Merangka Strategi Menyelamat 11 Rakyat Malaysia di Pyongyang Korea Utara

KL MERANGKA STRATEGI MENYELAMAT

 
Majlis Keselamatan Negeri (MKN) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan keselamatan dan membawa pulang warga kita di Korea Utara dan memberi jaminan akan berusaha segala yang terdaya.
 
Malaysia akan mengambil tindakan berdasarkan Konvensyen Geneva bagi menyelesaikan isu sekatan keluar oleh Pyongyang terhadap 11 rakyat Malaysia.  Malaysia juga akan mendapatkan bantuan daripada Beijing sebagai orang tengah bagi meredakan ketegangan kerana China dilihat mempunyai pengaruh ke atas Pyongyang dan akrab dengan Kuala Lumpur.
 
Berita terkini didapati 11 rakyat Malaysia dalam keadaan selamat. Mereka terdiri  tiga daripadanya adalah kakitangan dan pegawai kedutaan Malaysia di Korea Utara dan dua lagi merupakan pekerja di bawah program bantuan makanan sedunia PBB. Manakala selebihnya adalah ahli keluarga kakitangan tersebut.
 
Bagaimanapun pihak Wisma Putera akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung situasi yang semakin meruncing di antara kedua-dua negera ini dalam waktu terdekat.
 
Tulisan
Suara Sensasi

Isnin, 6 Mac 2017

KETAHUI HAK ANDA SEBAGAI PENCARUM PERKESO



SHAH ALAM – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengakui sebahagian besar pencarumnya tidak mengetahui hak mereka. Timbalan Pengarah Perkeso Selangor, Zainal Ismail berkata, pencarum turut layak menerima pencen meskipun sudah berhenti kerja.  “Andai kata seorang pekerja itu sudah berhenti atau bekerja sendiri tapi masih berumur di bawah 60 tahun jika mereka sakit, kemalangan hingga hilang anggota badan, mereka layak menerima skim pencen ilat walaupun dia tidak mencarum lama,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, Perkeso turut membantu dari segi kos perubatan seperti dialisis dan bantuan peralatan pemulihan.  “Jadi, mana-mana pekerja yang ada kematian, sakit yang teruk, kemalangan atau apa-apa jenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh bekerja, boleh hubungi kami dan kami akan semak untuk lihat kelayakan bagi skim pencen ilat.  “Untuk kematian, memang kita akan bagi pencen tapi kalau lumpuh, kita bukan setakat bagi pencen malah juga beri alat bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau kalau perlukan dialysis.

"Kita cuba bantu supaya keluarganya tidak terbeban dan dia pun boleh hidup selesa hingga akhir hayatnya,”. Katanya, pencen skim ilat boleh diwarisi meskipun pencarumnya sudah meninggal dunia ketika berusia 100 tahun.  “Sekiranya penerimanya meninggal walaupun ketika itu dia berusia 100 tahun, pencen itu boleh diwarisi oleh warisnya. Ramai orang tak tahu tentang perkara ini.  “Ini bentuk kebajikan yang kami pulang balik kepada pencarum.
"Kita mahu menjaga kebajikan pekerja dan orang yang ditanggungnya,” katanya.

Kongsi berita ini
-bermanfaat bg mereka yg layak dan memerlukan..
-boleh sampaikan kpd keluarga,saudara & sahabat2

Terbitan
Suara Sensasi

LIM GUAN ENG GAGAL TUNAIKAN JANJI

Di saat kerajaan pusat menyalurkan dana dan peruntukan sebanyak RM50 juta, kerajaan Pulau Pinang dikecam hebat kerana masih GAGAL melunaskan janji memberi bantuan sebanyak RM4 juta bagi menambah baik infrastruktur SRJK (China)

Apakah ia petanda RAKYAT Pulau Pinang mahukan perubahan kepimpinan ??

Rakyat Pulau Pinang yang masih di awang-awangan berangan untuk melihat Pentadbiran DAP menjalankan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan mereka, sedarlah dari mimpi. Inikalilah perlukan diubah dn memberi satu pengajaran terhadap PH. Fikir secara waras, dengan peruntukan untuk menambah baik SRJK pun mereka GAGAL untuk menunaikan janji inikan pula kebajikan rakyat Pulau Pinang hendak di pertanggungjawabkan..

Dengan ertikata lain Pembangkang Malaysia memang tak boleh diharap.. Mereka hanya pandai membangkang namum mereka masih belum layak untuk mentadbir Negara


Tulisan
Suara Sensasi

Pembangkang Pakatan ALI BABA

 

Pakatan Harapan seperti kemalu-maluan untuk mengumumkan siapakah bakal disebut sebagai Perdana Menterinya jika PH menang di PRU 14 kelak. Selepas gabungan baru terbentuk sejak 2015, sehingga kini desas desus yang berlegar hanya menyebut TPM bakal dipegang oleh Lim Kit Siang, sedangkan PM masih bermain teka-teki tanpa mengumumkan calun yang sesuai atau memang PH tiada calun yang benar-benar sesuai untuk lantikan..??

Kenapa terlalu lama hendak mengumumkan calon PM..?  Adakah teka-teki ini bakal dijawab selepas mereka menang PRU 14 nanti dengan cara undian sesame mereka di meja bulat ..?


Adakah Anwar, TS Muhyiddin atau DS Mukhriz Mahathir ? Isu PM ini begitu rumit untuk ditentukan oleh PH.. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh DS Najib Razak tempohari ketika berucap melancarkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo. Beliau menyifatkan Pembangkang Malaysia sebagai "ALI BABA"

Pambangkang cuma ada TPM tapi siapa dia PM bayangna mereka.??
Adakah Wan Azizah.?? Anwar Ibrahim yang bakal memerintah dari dalam tirai besi ?? TS Muhyiddin ke ?? atau yang terakhir Mukhriz Mahathir ke??

Jawatan tertinggipun mereka tak bole nak nyatakan apatah lagi bab pengagihan kerusi menjelang pemilihan di PRU 14 nanti.. Jika isu PM sukar untuk mendapat kesepakatan, jangan harap pengagihan kerusi akan selesai dengan mudah..Rakyat juga di nasihatkan agar jangan menyokong pakatan ALI BABA yang cara pentadbirannyapun cacamamba

Tulisan
Suara Sensasi