Khamis, 30 Mei 2019


Cerita Wayang Kerajaan PH: Perolehan Projek Anak PM ke-7 Tun Mahathir.

※ Retorik Tun Mahathir: Bangsa Melayu malas, terlalu harapkan bantuan kerajaan... tapi anak2 Tun dijamu projek2 luar biasa nilainya. Hakikat yang nyata, Tun Mahathir dan projek2 yang dianugerahkan kepada anak beranak, nepotism dan kronism tidak dapat dipisahkan. Malaysia hari ini ternyata sudah kembali ke zaman kekuasaan tangan2 ghaib (hidden hand) seperti yang berlaku di zaman PM ke-4 dulu2. Kepentingan projek anak2 dan kroni terlebih dahulu diutamakan walau terpaksa menghalalkan cara. Di antaranya adalah;

1. OPCOM Holdings Berhad milik anak2 dan menantu Tun Mahathir dapat projek rakan unify TM bernilai RM11.6 juta

※ Pada 14hb Mei 2018 kira2 5 hari sahaja selepas 9hb Mei 2018 setelah PAKATAN HARAPAN mengambil alih kerajaan Malaysia dari tangan BARISAN NASIONAL, OPCOM Holdings Bhd, milik TS Mokhzani Tun Mahathir telah memperolehi kontrak RM11.6 juta daripada Telekom Malaysia (TM). Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, OPCOM memberitahu bahawa mereka telah menerima surat anugerah untuk kontrak ‘Rakan Unifi’. Kontrak tersebut berkuat kuasa dari 2hb Julai 2018 sehingga 31hb Disember 2019 adalah untuk kerja2 baik pulih dan pemasangan perkhidmatan Unifi.

※ OPCOM Holdings Berhad diperbadankan pada tahun 1994 dan 23hb Disember 2003 syarikat ini telah disenaraikan di dalam pasaran MESDAQ Bursa Malaysia Securities Berhad.

※ Siapa pemegang saham OPCOM HOLDINGS?. Pemegang sahamnya adalah
1. TS Mokhzani Tun Mahathir pemegang saham utama merupakan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif OPCOM HOLDINGS BHD.
2. DS Mukhriz Tun Mahathir 23.41%
3. Norzietah Zakaria isteri DS Mukhriz memiliki saham OPCOM melalui MOcean Capital Sdn Bhd sebanyak 11.16% .

2. Khasera Baru Sdn. Bhd (291068-X) milik TS Mokhzani Tun Mahathir beli saham Scomi Group Bhd seterusnya dapat Projek Monorail bernilai RM303 juta.

※ Pada 5hb Jun 2018 lebih kurang 24 hari kerajaan PAKATAN HARAPAN ambil alih pentadbiran Malaysia, Khasera Baru Sdn Bhd dengan 100% yakin telah beli saham Scomi Group Bhd (SGB) menerusi terbitan saham baru yang ditawarkan secara tertutup (private placement) melalui KAF Investment Bank (KAF= Khathijah Ahmad Family) sebanyak 158,501,767 unit bernilai RM190.3 juta. Ini bermaksud SGB bersetuju mengurangkan pegangan saham mereka kepada Khasera Baru Sdn Bhd sebanyak 10%.

※ KHASERA BARU SDN. BHD.
(291068-X) adalah syarikat pelaburan yang didaftarkan pada 01hb Mac 1994 di Kuala Lumpur, merupakan syarikat persendirian (private vehicle) milik TS Mokhzani Tun Mahathir.

※ Pada 4hb April 2019 Bernama melaporkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan Scomi Transit Projects Sdn Bhd (STP) menandatangani penyelesaian projek monorail "perjanjian peroleh dan baik pulih tren monorail" yang menjadi pertikaian kedua2 pihak bernilai RM303 juta. Ianya disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada Januari 2019.

3. TS Zeti Pengerusi DANA AWAM Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Melakukan Proses "Bail Out" bagi syarikat Sapura Energy sebanyak RM 2.681 bilion.

※ Pada 23hb Jun 2018 TS Zeti secara rasminya dilantik sebagai Pengerusi DANA AWAM Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menggantikan TS Abdul Wahid Omar.

※ Lebih kurang 3 bulan selepas dilantik mengurus dana awam PNB maka pada 25hb September 2018, PNB telah melakukan proses "bailout" untuk syarikat Sapura Energy sebanyak RM 2.681 bilion, di mana PNB mengambil risiko dengan membeli saham terbitan "right issue" yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Kumpulan Dana Awam lain seperti KWSP dan KWAP menolak tawaran dari Sapura Energy. "Right issue" diterbitkan oleh Sapura Energy kerana "market capitalisation" syarikatnya adalah RM2.5 bilion disamping bebanan hutang semasa yang dibawa bernilai RM16 bilion.

※ Sapura Energy merupakan syarikat yang ada hubung kait dengan TS Mokhzani Tun Mahathir melalui syarikat Kenchana Capitals Sdn Bhd (memegang 0.08% dan 0.16% saham ekuiti dalam Sapura Energy). Manakala TS Zeti pula merupakan kroni rapat PM ke-7 Tun Mahathir.

4. Syarikat PETRON yang ada kepentingan TS Mirzan Tun Mahathir dilantik pembekal minyak kenderaan kerajaan.

※ Pada 30hb Ogos 2018 FMT melaporkan Kementerian Kewangan telah melantik syarikat PETRON sebagai pembekal bahan api untuk kegunaan kenderaan kerajaan. Lim Guan Eng menyatakan perlantikan PETRON dibuat secara pentadbiran tanpa merujuk Perdana Menteri Tun Mahathir. Dan PETRON bukan pembekal tunggal kerana adanya PETRONAS dan SHELL. Persoalan: Jika Petron boleh, kenapa Caltex, BHP diketepikan?.

※ Pelantikan tersebut dibuat menerusi memorandum kementerian kepada Petron Fuel International Sdn Bhd yang ditandatangani Setiausaha Bahagian Pengurusan Aset Awam, Ahmad Suhaimi Endut, di Perbendaharaan bertarikh 3hb Ogos 2018. Surat tersebut diterima oleh pejabat ketua setiausaha Kementerian Luar Negeri pada 23 Ogos 2018.

※ Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd pada Jun 2013 mengesahkan anak perdana menteri, TS Mirzan Tun Mahathir adalah ahli lembaga pengarah syarikat induknya, Petron Corporation Filipina. TS Mirzan dilantik dalam Lembaga Pengarah Petron Corporation pada 13hb Ogos 2010 dan memiliki 1,000 unit saham di dalam Petron Corporation Filipina.

※ Suara2 lantang yang sering mendakwa mereka adalah pejuang rakyat dari parti PKR seperti Rafizi Ramli, DS Anwar Ibrahim, DS Azmin Ali dan Saifuddin Nasution tidak lagi kedengaran. Sudah tentu mereka ini "PEJAM MATA" dan pekakkan telinga. Pejam mata apabila "lawan menjadi kawan"

※ Begitu juga dengan suara2 dari pemimpin2 DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua, Gorbind Singh Deo dll. Mereka ini hanya "DIAM MENIKUS" bagaikan "lembu kekenyangan". Inilah yang dikatakan konsep "matlamat menghalalkan cara". Diam menikus apabila "lawan menjadi kawan".

1. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2014/02/19/khasera-baru-sells-190pt3m-shares-of-sapurakencana/
2. https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1028707533999748&id=700309100172928
3. Reuters.com
https://www.reuters.com/finance/stocks/company-officers/PCOR.PS

22hb Mei 2019
Oleh: Pena MZR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan