Ahad, 7 Februari 2021

Dana KWAP dan Fakta ringkas di mahkamah berkenaan kes SRC International Sdn Bhd.

■ Satu persoalan penting bagi melihat kembali kes SRC International ialah Kenapa DS Najib tidak didakwa menggelapkan wang DANA pinjaman KWAP ke SRC International berjumlah RM4 bilion?. DS Najib hanya didakwa menerima wang sebanyak RM42 juta dari akaun yang dikatakan berpunca daripada akaun SRC International!. Jawapannya: Sebab tidak ada wang KWAP yang hilang, malah nilai aset dan pendapatan KWAP semakin bertambah semasa pentadbiran kerajaan BN pimpinan DS Najib PM ke-6. 

1. Laporan Tahunan KWAP tahun 2017

■ Laporan Tahunan 2017 KWAP yang diaudit dan diterbit pada November 2018 iaitu selepas kerajaan PH ambil alih kerajaan dari BN boleh dilihat dengan jelas bahawa KWAP tidak mengalami apa2 bentuk kerugian dan kekurangan wang dari pinjaman kepada SRC International. Pinjaman KWAP dibayar oleh pihak SRC tepat pada masanya iaitu setiap 6 bulan mengikut jadual dan syarat2 pinjaman. 

■ Merujuk kepada Laporan tahunan KWAP 2017, ianya menunjukkan yang KWAP berada di prestasi terbaik, di mana pendapatan KWAP (pendapatan pelaburan kasar) melonjak kepada RM9,033,505,000 (RM9 bilion) untuk tahun 2017 berbanding RM6,361,482,000 (RM6 bilion) pada tahun 2016. Saiz aset KWAP juga meningkat dari RM15,833,352,000 (RM15 bilion) ke RM142,371,999,000 (RM142 bilion) untuk tahun 2017 berbanding RM126,538,647,000 (RM126 bilion) untuk tahun 2016 (sila lihat m/s 197).

■ Link laporan tahunan 2017 KWAP:http://www.kwap.gov.my/MY/UsefulInformation/Publication/Annual%20Reports/KWAP%20Laporan%20Tahunan%202017.pdf

2. Rakaman/log perbualan antara Jho Low dan Joanna Yu

■ Pengakuan Joanna Yu (Bekas Pengurus Perhubungan Ambank) dan peranan Nik Faisal Arif Kamil (bekas CEO SRC) dilihat sebagai rakan subahat utama yang mengikut segala (apa saja) arahan Jho Low yang mencipta kemasukan wang ke akaun peribadi DS Najib. Melalui rakaman/log perbualan yang direkodkan antara Jho Low dan Joanna Yu, ianya jelas menunjukkan yang Joanna Yu dan Nik Faisal adalah alat Jho Low untuk FITNAH DS Najib. Antara log/rakaman perbualan itu ialah;

i. Jho Low telah mengarahkan Joanna Yu untuk menyediakan draf yang perlu ditandatangani oleh Nik Faisal Ariff Kamil selaku pemegang mandat akaun (account trustee) DS Najib. Sebagai CEO SRC, kuasa yang ada pada Nik Faisal terhad hanya untuk mengendalikan pemindahan akaun antara akaun DS Najib sahaja bukan melibatkan pemindahan dana ke akaun DS Najib atau dari akaun DS Najib ke akaun lain. 

ii. Jho Low juga mengarahkan Joanna Yu menyediakan surat arahan untuk AmBank memindah semula (reverse transferred) wang berjumlah RM27 juta dan RM5 juta yang dimasukkan ke dalam akaun berakhir dengan nombor 880 dan 906 milik DS Najib. 

iii. Kemudian pada 20hb Disember 2014, Jho Low sekali lagi arahkan Joanna Yu supaya wang sebanyak RM27 juta dan RM5 juta daripada akaun DS Najib dipindah semula ke akaun Permai Binaraya dan Putra Perdana Construction. Pada 29hb Disember 2014, pemindahan semula wang tersebut berjaya dilaksanakan. Permai Binaraya adalah subsidiari kepada Putra Perdana Development Sdn Bhd manakala Putra Perdana Construction adalah anak syarikat Putrajaya Perdana Berhad.


6hb Febuari 2021

Oleh: Pena MZR


Rujukan 

1.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2018/05/431378/Set%20your%20pixel%20data%20here?page=92

2.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2019/08/593095/saya-mula-curiga-dengan-jho-low-pada-2014-joanna-yu

3.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-src-rm4-bilion-dipindah-dari-kwap-ke-src-saksi-206510

Tiada ulasan:

Catat Ulasan