Sabtu, 21 Ogos 2021

JANGAN TAKSUB PADA PEMIMPIN

Jangan kita terlalu taksub pada seseorang, jika terlaku TAKSUB maka mereka tidak akan mendengar walau apapun pendapat dan pandangan orang lain selain orang yang mereka anggap macam Tuhan itu.  Ini  kerana terlalu taksublah banyak timbulnya perbalahan dan timbul pula berbagai nama Parti yang telah memecah belahkan orang Melayu. Ini amat merugikan kita semua

Amat malang jika bangsa kita bangsa Melayu berpuak-puak sedangkan bangsa lain begitu kukuh ikatan perkauman mereka.  Bagaimana mereka boleh bersatu sedangkan mereka juga punyai agama yang berlainan seperti Buddha, Kristian, dan ada juga yang tidak percaya pada agama tapi mereka tetap bersatu dalam satu bangsa..

Tetapi kita bangsa MELAYU dan beragama ISLAM, kenapa harus berpecah belah dan lebih malang lagi ada yang lebih rela diperkudakan memusuhi, menfitnah bangsa sendiri, sehingga ada yang sanggup menjadi munafik di kalangan bangsanya sendiri..??

Ketahanan sebuah negara banyak bergantung kepada kesejahteraan Rakyatnya. Hubungan tegang Politik negara mampu menggugat keselamatan negara. Kerajaan hari ini diminta untuk memulihkan ekonomi yang terjejas teruk juga pulihkan perpaduan dan keharmonian Rakyat. Ini penting bagi keyakinan pelabur untuk melabur di negara kita di mana sejak pertukaran pemimpin Negara telah rugi banyak benda termasuk kepercayaan pelabur yang semakin terhakis

Di petik dari kata Usman Awang "perpaduan tidak beri erti Kalau sekadar dalam lafas kata-kata semata. Perpaduan tidak ujud hanya dengan disuruh-suruh dan di seru. Perpaduan harus diwujudkan atas kepentingan satu pihak atau golongan tertentu". 

Inilah tugas yang bakal digalas oleh Perdana Menteri ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri,  bagi memulihkan kembali ekonomi, perpaduan, kepercayaan dan musibah yang sedang melanda negara kita..

Oleh:

- Suarasensasi

1 ulasan:

  1. Kerana ada sifat taksublah kita menjadi katak dibawah tempurung, tidak mengetahu bahawa dunia ini adalah satu diantara cakrawala yg berada di'alam ciptaan Allah.

    Terlalu banyak pemimpin yg punyai fikira yg baik untuk menjadi panduan.

    Taksub kpda saorang pemimpin adalah merugikan diri sendiri dam kaum.

    BalasPadam