Khamis, 2 Julai 2020



UMNOputra satu kebejatan Tun Mahathir untuk UMNO (siri 1)

※ Ketika allahyarham Tun Razak sebagai PM ke-2, beliau telah melantik Tengku Razaleigh sebagai Menteri Kewangan. Beliau minta Ku Li usahakan pelbagai projek 'angsa bertelur emas' untuk kukuhkan UMNO dan bangsa Melayu. Antaranya, Ku Li telah berjaya menubuhkan Bank Bumiputera. Tujuan: untuk membantu kaum bumiputera, terutama bangsa Melayu maju dalam perniagaan.

※ Apabila komuniti Melayu berkembang begitu cepat, institusi kewangan yang berguna kepada orang Melayu itu sering kali disalahgunakan. Cara beri pinjaman, campurtangan orang politik yang minta kroni mereka ditolong dan tidak guna wang pinjaman untuk berniaga menyebabkan bank itu mengalami kerugian. Write off demi write off menyebabkan bank ini akhirnya terpaksa dijual kepada Bank of Commerce.

※ Pada tahun2 1980-an setelah Tun Mahathir diangkat menjadi PM ke-4, beliau berhasrat membina 100 individu Melayu bertaraf jutawan yang akan ditugaskan memakmurkan bangsa Melayu luar bandar yang setanding dengan ahli perniagaan kaum Cina.

※ Di antara individu yang diberi layanan istimewa dalam perniagaan ialah Halim Saad, Tajudin Ramli, Syed Mokhtar Al-Bukhary, Samsuddin Abu Hassan, arwah Yahaya Ahmad dll. Kelebihan yang diberi kepada individu2 ini adalah mudah untuk beroleh kontrak. Mereka diberi peluang menjadi kaya tetapi sebagai 'front man', mereka perlu menjawab segala permasalahan yang timbul sekiranya ada.

※ Jalan terakhir yang disediakan oleh Tun Mahathir dan Tun Daim adalah menghulurkan 'talian hayat' berupa bailout dari agensi2 kerajaan seperti Khazanah Nasional, dana pelaburan negara atau pun KWSP, KWAP dll.

※ Namun begitu, kejahilan dan kebejatan Tun Mahathir dan Tun Daim yang tidak jujur akhirnya terbongkar juga sedikit demi sedikit. Masalah lain yang turut berbangkit adalah apabila nama UMNO diheret sama.

※ Di dalam buku tulisan Naomi Klein bertajuk “The Shock Doctrine: The Rise of Disaster Capitalism”, ianya mengisahkan persamaan program ekonomi Tun Mahathir dengan negara barat. Penswastaan projek kerajaan dan kaedah korporatkan entiti2 milik kerajaan bermakna memberi kekayaan negara kepada kroni, nepotism dan anak beranak. Hanya golongan tertentu saja dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

※ Pada ketika itu juga telah wujud satu budaya generasi ketiga UMNO yang dikenali dengan nama UMNOputra. UMNOputra adalah liability kepada UMNO. Mereka masih mentah untuk berniaga, ada yang menjadi broker atau orang tengah mengambil komisen bukan sedikit. Kadang2 cecah ratusan juta kerana menjadi 'introducer' kepada 'right persons', selalu duduk di 'centre of power'. Lama kelamaan rangkaian UMNOputra ini menjadi rantaian niaga (business link) yang tidak tertakluk kepada bangsa Melayu sahaja.

※ Pernah terjadi suatu ketika dahulu apabila timbul kes saman menyaman, dokumen2 yang difailkan atau ditunjukkan kepada mahkamah akan mendedahkan bahawa individu ini adalah 'front man' atau wakil yang penting untuk UMNO. Ada juga 'front man' yang terpaksa lari ke luar negara kerana tekanan hutang atau dituduh menggelapkan wang berjuta2 ringgit.

※ Sekurang2nya ada 23 buah syarikat besar yang dimiliki oleh UMNO tetapi realiti hasil-kekayaan bukan milik UMNO. Tujuan penubuhan syarikat2 ini adalah untuk mengambil kontrak projek2 kerajaan seterusnya menyedut keuntungan hasil perlaksanaan projek2 tersebut.

※ Pada 25hb November 2008 dalam satu ucapan oleh TPM ketika itu, DS Najib berazam akan membasmi gejala rasuah dalam UMNO. Ada golongan yang merasakan percaturan sebegitu lama oleh Tun Mahathir bakal dileraikan. Maka para pengusaha syarikat2 tersebut yang telah sebati dengan UMNO dan ranting2 pelaburan berasa tidak selesa. Kata mereka "apa2 usaha untuk memisahkan kelaziman ini besar kemungkinan akan memberi impak negatif kepada UMNO"....

24hb Jun 2020
Oleh: Pena MZR

(bersambung di siri 2)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan