Selasa, 7 Julai 2020

TANAH MELAYU UNTUK ORANG MELAYU



Setiap orang di Malaysia mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu

Hak orang Melayu
* Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.

Jawatan dalam Kerajaan
* Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Peruntukan biasiswa
* Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

Bantuan Ekonomi
* Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Sultan-Sultan negeri di Malaysia. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Malaysia adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimana kedudukan hak istimewa orang Melayu di dalam sistem undang-undang negara?
Adalah penting bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum, Melayu dan bukan Melayu memahami apakah hak istimewa orang Melayu yang terkandung dalam Perlembagaan tersebut.

Menurut Perkara 3 Perlembagaan, Islam adalah agama Persekutuan. Namun, Perkara 3(1) membenarkan agama atau kepercayaan lain diamalkan secara aman di seluruh negara.

Kedudukan agama Islam diperkukuhkan lagi dengan Perkara 11(4). Menurut Perkara tersebut, jabatan-jabatan penguatkuasa agama di peringkat negeri diberi kuasa untuk mengawal dan menyekat penyebaran kepercayaan atau agama lain dalam kalangan umat Islam, khususnya orang Melayu.
Perkara 8(4)(f) menjelaskan Rejimen Askar Melayu Tentera Diraja Malaysia hanya untuk orang Melayu. Jika kita menyorot kembali sejarah, Rejimen Askar Melayu ini ditubuhkan pada tahun 1933.

Pasukan tentera yang hanya terdiri daripada kaum Melayu itu memerangi tentera Jepun dan komunis pada zaman 40-an. Oleh itu, sebagai mengenang jasa mereka, Rejimen Askar Melayu dikekalkan hanya untuk kaum Melayu.

Begitu juga Perkara 89 memperuntukkan hak Melayu ke atas Tanah Rizab Melayu dan Perkara 152 pula memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Oleh :
Aktivist Suara Sensasi (NGO)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan