Isnin, 12 Mac 2018

Skandal kroni Tun Mahathir melalui kontrak pembinaan kapal peronda melibatkan RM24.3 Bilion


Projek Kroni Tun Mahathir: Skandal kontrak pembinaan 27 buah kapal peronda luar pesisir (OPV) Untuk kegunaan Unit TLDM  berharga RM24.3 bilion atau RM900 juta seunit. - (Siri 1)

※ Skandal kontrak pembinaan kapal peronda TLDM ini timbul apabila PSC- Naval Dockyard Sdn Bhd (main contactor) gagal melengkapkan penghantaran 4 buah kapal peronda TLDM dengan sempurna. Atas faktor2 yang tidak diumumkan, Konsortium German Naval Group (sub contractor) tidak dapat mengekalkan prestasi cemerlang sama seperti di Hamburg. Di dermaga Blohm + Voss, sub kontraktor ini berjaya menyiapkan dan  menghantar 2 buah kapal peronda TLDM dengan lengkap.

※ Menurut laporan PAC, sehingga Disember 2006, kerajaan pusat telah membayar RM4.26 bilion kepada PSC-Naval Dockyard walaupun kerja2 siap hanya dinilai berjumlah RM2.87 bilion  dicatatkan, di mana kerajaan terlebih bayar sebanyak RM1.39 bilion atau terlebih 48%. Pemansuhan penalti atas kapasiti syarikat bumiputra bagi kelewatan kerja sebanyak RM214 juta juga diberi. Terdapat lebih daripada 14 pembayaran susulan berjumlah lebih RM943 juta telah dibuat kepada PSC-Naval Dockyard sejak daripada Disember 1999 lagi, tetapi tiada  baucar dikepilkan dan tidak mempunyai sebarang baucar bayaran ataupun dokumen2 yang berkaitan.

※ Kisahnya bermula pada akhir tahun 1980an apabila Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuat keputusan untuk menggantikan kapal2 peronda miliknya yang telah berusia dan uzur. Ianya tidak lagi berupaya untuk beraksi di medan pertempuran masa depan. Pihak TLDM telah mencadangkan kepada kerajaan pusat bagi pemilikan versi 'Next Generation Patrol Vessel (NGPV)' yang lebih canggih dan terbaik buat masa itu. Permohonan ini telah mendapat perhatian kerajaan pusat dan diluluskan.

※ Pada tahun 1991 DS Seri Najib Tun Razak telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet Mahathir dan beliau telah mengumumkan bahawa Kementerian Pertahanan Malaysia sedang mengatur pembelian kereta kebal, jet Sukhoi, bot peronda pantai dan kapal selam.

※ Zaman pentadbiran Tun Mahathir selama 22 tahun sebagai PM di antara tahun 1981-2003 merupakan era yang dikenali sebagai zaman penswastaan dan pengkorporatan (privatisation and corporatisation). Kebanyakan projek2 yang dirancang oleh kerajaan akan mengalami proses penswastaan. Matlamat utama kerajaan adalah ingin mengajak pihak swasta supaya turut serta memajukan negara.

※ Tun Daim Zainuddin dilantik menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 14hb Julai 1984 - 15hb Mac 1991(sessi pertama). Sebagai Menteri Kewangan dan individu yang rapat dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU), beliau dapat melihat dengan jelas segala perancangan dan pelan pembangunan negara untuk masa hadapan. Salah satu projek yang dirancang tetapi masih belum diwartakan lagi pada ketika itu bertajuk: Membina dan Menyiapkan 27 buah kapal peronda luar pesisir atau Off-Shore Patrol Vessel Untuk kegunaan Unit TLDM berharga RM24.3 bilion atau RM900 juta seunit telah menarik minat beliau.

※ Maka pada tahun 1990 sebagai langkah awalan dan permulaan, Tun Daim bagi pihak Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) bersama pihak aristokrat TLDM sebagai pemilik Dermaga di Lumut Perak telah bersetuju untuk menubuhkan syarikat Naval Dockyard Sdn Bhd (ownership cum sleeping partner) untuk basis mengambilalih projek penswastaan dermaga dan pembinaan kapal.

※ Dermaga TLDM yang diswastakan terletak bersebelahan Pangkalan TLDM di Lumut, Perak. Selain daripada Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc), pemegang2 sahamnya adalah;
1. Peristima Industries Sdn Bhd
2. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
3. Suria Barisan Sdn Bhd
4.  Syarikat Permodalan & Perusahan Perak [kini KUB (M) Berhad]

※ Bagi merealisasikan perancangan beliau, Tun Daim memerlukan pihak ke-dua yang akan digunakan sebagai kontraktor utama dan pemodal (main contractor cum investor) kepada projek pembinaan kapal peronda tersebut. Lalu, Tun Daim membuka peluang tersebut kepada kenalannya TS Amin Shah Omar Shah. TS Amin Shah merupakan usahawan bertaraf jutawan yang empayar perniagaannya berpusat di P. Pinang.

※ Berpegang kepada prinsip ingin menyahut pelawaan Tun Daim, pada awal tahun 1991 TS Amin Shah dan adik beradiknya telah menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Business Focus Sdn. Bhd. Seterusnya, pada tahun 1992 TS Amin Shah telah berjaya meningkatkan 100% kepentingan di dalam syarikat Penang Shipbuilding Corp. Sdn. Bhd (PSC) dengan kos RM29 juta yang dibayar melalui pinjaman bank dengan saham PSC sebagai kolateral.

※ Pada tahun 1993, pengkalan tentera laut di Lumut Perak diwartakan untuk diswastakan. Maka, syarikat TS Amin Shah yang dikenali sebagai PSCI Industries Bhd menjalin kerjasama dengan syarikat perkapalan dari Australia iaitu Transfield Corporation berusaha untuk dapatkan tender projek pembinaan dan pembekalan kapal2 rondaan. Dan akhirnya TS Amin Shah berjaya memperolehi anugerah projek tersebut.

※ Pada 11hb Disember 1995, kerajaan Malaysia telah menyempurnakan proses penswastaan Naval Dockyard di Lumut dengan kontrak kerja2 pengendalian bernilai RM300 juta diberikan kepada PSCI Industries Bhd (PSCI). TS Amin Shah Omar Shah adalah individu yang dilihat pada asasnya mempunyai kepentingan terbesar di dalam kontrak ini. Pemilik projek tersebut kemudian dinamakan sebagai PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd sempena gabungan syarikat PSCI dan Naval Dockyard Sdn Bhd.

※ Pada tahun 1997, satu kontrak perjanjian bernilai RM24.3 bilion telah ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PSC Naval Dockyard Sdn Bhd (PSCND) untuk membina 27 buah kapal peronda luar pesisir atau Off-Shore Patrol Vessel (OPV). PSCND juga diberikan kontrak membina infrastruktur Dermaga Lumut serta kerja penyelenggaraan dan memberi khidmat kepada semua kelengkapan dan kapal2 TLDM untuk tempoh masa selama 15 tahun.

※ Pada 5hb September 1998, satu surat tawaran daripada kerajaan pusat telah diserahkan kepada PSC Naval Dockyard Sdn Bhd bagi memperakukan, mereka bentuk, membina dan menghantar 6 buah OPV pertama dari 27 buah OPV untuk disiapkan pada tahun 2004. Manakala pada 13hb Oktober 1998 pula, satu kontrak membina 6 buah kapal NGPV telah ditandatangani antara PSC-Naval Dockyard dan konsortium German naval Group (sub-contractor) yang telah memenangi tender bagi membina kapal2 tersebut. Kapal2 NGPV dikenali juga sebagai program kapal ronda generasi baru TLDM yang rupa bentuk berasaskan rekabentuk kapal Blohm+Voss MEKO 100.

※ Mengikut perjanjian, 2 dari kapal pertama akan dibina di limbungan Blohm + Voss yang terletak di Hamburg. 4 kapal berikutnya pula akan dibina di limbungan PSC-Naval Dockyard di Lumut. Ke-enam2 kapal ini merupakan fasa pertama dari sejumlah 27 buah kapal ronda yang diperlukan oleh TLDM bagi meneruskan beroperasi mengawal keselamatan dan kedaulatan kawasan perairan negara.

※ Keseluruhan kontrak fasa pertama dianggar bernilai RM5.6 billion dengan wang pendahuluan 20% didahulukan oleh pihak kerajaan Malaysia berjumlah RM1.07 billion. Pematuhan kontrak memerlukan jaminan kepada alat ganti dan alat komponen perlu ada selama 2 tahun pertama dari pihak German. Selepas tempoh tersebut, komponen dan alat-ganti ini bakal dikeluarkan oleh PSC-Naval Dockyard di Lumut. Selain itu, kontrak juga memerlukan alat ganti dan komponen buatan tempatan bagi membina kapal tersebut tidak kurang dari 30%.

※ Dalam pada itu, sejak dari tahun 1995 lagi apabila kejayaan usaha penat lelah TS Amin Shah Omar Shah membuahkan hasil serta mendapat pujian meluas media samada di dalam atau di luar Malaysia, ianya telah mendorong Tun Mahathir merangka perancangan untuk turut serta meluaskan lagi peluang di dalam industri aset ketenteraan. Beliau melihat perancangan ini boleh dicapai melalui program penganjuran LIMA di Langkawi.

※ Pada tahun 1997 di pameran LIMA 97, kapal selam dari Perancis yang dibawa ke Langkawi menarik perhatian Tun Mahathir. Dalam buku bertajuk “Surat Terpilih Dr Mahathir Kepada Pemimpin Dunia”, mukasurat 218, menyatakan pada tahun 1998, Perdana Menteri Perancis Michel Rocard dan Tun Mahathir berutus 4 pucuk surat. Antara kandungan surat itu menyatakan bahawa Malaysia Airlines (MAS) akan mendapat lebih hak mendarat di Paris, dan Malaysia akan mendapat 2 kapal selam buatan Perancis jenis Scorpene yang akan dihantar pada 2009. Pada tahun 2002, kontrak pembelian kapal selam bernilai RM3.7 billion diluluskan oleh Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

※ Bekas pegawai penyiasat ketenteraan, Kapten (B) Abdul Rahmat Tun Haniff mendedahkan bahawa anak Tun Mahathir iaitu TS Mokhzani bin Tun Dr Mahathir dan Tun Daim terlibat dalam urusan kapal selam ini. Cadangan asal pembelian kapal selam tersebut datangnya dari TS Mokhzani dan Ibrahim Mohd Noor (bekas CEO BERNAS proxy Tun Daim Zainuddin).

※ Pada tahun 2003 dan 2004, dua buah kapal yang siap dibina di Hamburg telah selamat tiba di Pengkalan Lumut dibawa dengan kapal pengangkut khas. Kontrak seterusnya untuk fasa pertama ini mensyaratkan syarikat dari German tersebut menyiapkan 4 buah kapal lagi di Pengkalan Lumut. Mengikut kontrak, ke semua kapal perlu disiapkan sebelum bulan April 2007 dan penghantaran pertama perlu dilakukan pada bulan Mac 2004

※ Malangnya selepas dari pelancaran gilang gemilang ke-dua2 kapal yang baru diterima dari Hamburg, seperti ada yang tidak kena apabila proses pembinaan kapal2 di pengkalan Lumut mula mengalami masalah. Hanya pada Jun dan Ogos 2006, barulah penghantaran untuk ke-dua2 kapal tersebut dapat diadakan.

※ Namun begitu, kualiti kapal tersebut tidaklah memuas hati. Terdapat 100 laporan kerja tidak lengkap pada kapal yang pertama dan 383 pada kapal yang ke-dua. Terdapat juga 298 aduan khusus mengenai operasi kedua2 kapal tersebut. Ini menjadikan kedua2 kapal tersebut tidak menepati syarat2 piawaian teknikal yang ditetapkan dan ianya tidak dapat beroperasi pada tahap maksima. Lebih membimbangkan lagi kondisi kapal itu mampu memberi impak bahaya kepada keselamatan dan nyawa krew kapal2 tersebut.

※ Maka telah timbul pelbagai persoalan berkenaan bagaimana dan kenapa syarikat sub-kontraktor dari German iaitu Konsortium German Naval Group gagal mengekalkan prestasi cemerlang seperti di Hamburg!. Adakah projek ini disabotaj bagi mengkambing-hitamkan TS Amin Shah Omar Shah?. Atau adakah wang peruntukan untuk projek ini cuba dialihkan untuk projek lain?.

(Bersambung di siri 2)..

1 ulasan:

  1. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses sekarang. dulu Saya bekerja di Singapura, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar. Dulu pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah, sedangkan hutang banyak, kebetulan buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro +6282354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan Pesugihan Dana Ghaib. dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya dengan Pesugihan Dana Ghaib nya. Dan alhamdulillah benar-benar terbukti nyata hasil nya sekarang. terima kasih banyak ya allah atas semua rerjekimu ini. Beliau juga bisa bantu seperti Pemasangan nomer Togel,pelet, dll

    BalasPadam