Selasa, 7 Mac 2017

ELAUN SARA HIDUP BUAT 5000 NELAYAN

ELAUN SARA HIDUP : LIMA RIBU NELAYAN DAPAT PERUNTUKAN SEBANYAK RM12.5 JUTA
 

Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan industry Asas Tani memperuntukkan sebanyak RM12.5 juta kepada nelayan darat di seluruh Negara pada tahun lalu.  Timbalan Menterinya Datuk Tajuddin Abdul Rahman menyatakan demikian di Pasir Salak selepas merasmikan pusat pengumpulan ikan air tawar kampong Baru Pulau Tuga Kanan, Pasir Salak semalam

Seramai 5000 orang nelayan darat mendapat manfaat dari peruntukan berjumlah RM12.5 juta itu.
Elaun sara hidup tersebut diberikan sebanyak RM200 seorang oleh kerajaan semenjak 2014

Tulisan
Suara Sensasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan