Selasa, 7 Mac 2017

Kerajaan Merangka Strategi Menyelamat 11 Rakyat Malaysia di Pyongyang Korea Utara

KL MERANGKA STRATEGI MENYELAMAT

 
Majlis Keselamatan Negeri (MKN) mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan keselamatan dan membawa pulang warga kita di Korea Utara dan memberi jaminan akan berusaha segala yang terdaya.
 
Malaysia akan mengambil tindakan berdasarkan Konvensyen Geneva bagi menyelesaikan isu sekatan keluar oleh Pyongyang terhadap 11 rakyat Malaysia.  Malaysia juga akan mendapatkan bantuan daripada Beijing sebagai orang tengah bagi meredakan ketegangan kerana China dilihat mempunyai pengaruh ke atas Pyongyang dan akrab dengan Kuala Lumpur.
 
Berita terkini didapati 11 rakyat Malaysia dalam keadaan selamat. Mereka terdiri  tiga daripadanya adalah kakitangan dan pegawai kedutaan Malaysia di Korea Utara dan dua lagi merupakan pekerja di bawah program bantuan makanan sedunia PBB. Manakala selebihnya adalah ahli keluarga kakitangan tersebut.
 
Bagaimanapun pihak Wisma Putera akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung situasi yang semakin meruncing di antara kedua-dua negera ini dalam waktu terdekat.
 
Tulisan
Suara Sensasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan