Khamis, 9 Mac 2017

CALON PM : DAP HANCURKAN HATI TUN MADEY DAN DIN PAGUH


Baru-baru ini DAP mengeluarkan kenyataan bakal memilih Kak Jijah sebagai bakal PM jika menang PRU14. Ini menunjukkan kononnya DAP cuba mencipta sejarah untuk melantik seorang wanita utk mentadbir Negara kita Malaysia seperti Wan Azizah sebagai PM ke 7.  Kita semua sedia maklum calun PM pilihan Madey ialah Mydin, Presiden parti bungaraya PPBM sekarang.  Beliau juga mendakwa bahawa puak pembangkang tidak menamakan lagi calon PM sehingga sekarang. Ianya tidak mengejutkan kerana pembangkang tidak mungkin akan bersependapat dalam isu ini.

Malah, pembangkang terpaksa zip mulut supaya rakyat tertipu kononnya mereka adalah satu pakatan satu suara. Tetapi kenyataan terbaru ahli parlimen DAP di dalam Dewan Parlimen pasti akan mengecewakan Mahathir dan Muhyiddin.

Kononnya mahu menyindir YB Khairy Jamaluddin tetapi kenyataan Anthony Loke DAP ini sudah pasti akan merenggangkan lagi perhubungan sesama pembangkang. Di antara kenyataan ahli politik DAP itu,
"Kita (pembangkang) bersedia menyokong Permatang Pauh sebagai Perdana Menteri jika diberikan mandat. Tidak perlu tunggu 2050," kata ketua whip DAP itu semasa membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat.

Jelas bahawa pilihan cauvinis DAP ialah Wan Azizah dan bukannya pilihan Tun Mahathir Mohammad. Di sini dengan jelas meletakkan Wan Azizah sebagai bakal calun PM ke 7 ibarat meletakkan seorang "Patung Cendana" supaya mereka boleh hari-hari memutar dan bermain skrew  di belakang Kak Jijah mengikuti arahan DAP.

 Lihat video :


Dalam masa yang sama, kenyataan wakil DAP ini juga menggambarkan bahawa parti cauvinis DAP adalah parti yang dominan di dalam pembangkang.

Moral yang dapat kita lihat Pembangkang hanya pandai berkata-kata tetapi mereka belum layak memerintah Negara... muktamat..!!


 Tulisan
Suara Sensasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan