Khamis, 9 Mac 2017

SKMM DIMINTA SIASAT INDIVIDU YANG KERUHKAN ISU KOREA UTARA DI MEDIA SOSIAL

 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di minta untuk menyiasat mana-mana individu di negara ini yang cuba menyemarakkan isu hubungan diplomatik Korea Utara-Malaysia di media sosial.

Permintaan itu disuarakan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, memandangkan ketika ini ada individu dilihat sengaja mengeruhkan isu terbabit dengan membandingkan dari aspek persenjataan dimiliki kedua-dua negara.
 
"Ada yang membezakan mengenai kononnya kita guna meriam buloh dan sebagainya. Mereka ini mesti ditangkap.
 
"(Tindakan mereka ini) seperti ada rasa dan niat untuk perlekeh usaha kerajaan (dalam mencari penyelesaian). Ini adalah soal maruah (negara) kita," katanya ketika menyampaikan perbahasan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

"Kalau perlu ada usul khas (di Dewan Rakyat) buatlah...untuk kita nyatakan pendirian tegas kita mengenai isu Korea Utara ini," katanya.🔵

Tiada ulasan:

Catat Ulasan