Rabu, 8 Mac 2017

SPRM mensasarkan 3 tahun bersihkan rasuah menjawat awam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menetapkan 3 tahun untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada gejala rasuah. Sasaran tertumpu dalam kalangan agensi penguat kuasa, badan-badan pengawal, pihak berkuasa negeri dan tempatan.

"3Tahun jangkaan ini di pilih kerana pada 2020 dimana Malaysia mencapai status Negara Maju" kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki semasa beliau menghadiri majlis Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersama SPRM di KKLW hari ini

Beliau berkata, sepanjang 2016 sebanyak 665 kertas siasatan dibuka untuk siasatan yang melibatkan penjawat awam. Ini menunjukkan betapa seriusnya rasuah dalam kalangan penjawat awam. Ini perlu dibendung dari sekarang kerana dikhuatiri jumlahnya semakin meningkat

Dari 665 kertas siasatan itu, seramai 548 penjawat awam ditangkap dan 63 kes dituduh di mahkamah, katanya. Ditanya mengenai fakto yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan penjawat awam, beliau berkata, keadaan Negara yang semakin menbangun dan banyak transaksi ekonomi berlaku membuka banyak peluang untuk rasuah

Dalam keadaan ini apabila seseorang diberi kuasa, dia mudah terjebak dalam rasuah atu penyalahgunaan kuasa. beliau juga merujuk kepada kes yang berprofile tinggi Jabatan Air Sabah sebagai indicator yang tidak baik apabila seorang penjawat awam boleh "TIDUR" dengan wang sebanyak RM50 juta di rumahnya


Tulisan
Suara Sensasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan