Isnin, 6 Mac 2017

Pembangkang Pakatan ALI BABA

 

Pakatan Harapan seperti kemalu-maluan untuk mengumumkan siapakah bakal disebut sebagai Perdana Menterinya jika PH menang di PRU 14 kelak. Selepas gabungan baru terbentuk sejak 2015, sehingga kini desas desus yang berlegar hanya menyebut TPM bakal dipegang oleh Lim Kit Siang, sedangkan PM masih bermain teka-teki tanpa mengumumkan calun yang sesuai atau memang PH tiada calun yang benar-benar sesuai untuk lantikan..??

Kenapa terlalu lama hendak mengumumkan calon PM..?  Adakah teka-teki ini bakal dijawab selepas mereka menang PRU 14 nanti dengan cara undian sesame mereka di meja bulat ..?


Adakah Anwar, TS Muhyiddin atau DS Mukhriz Mahathir ? Isu PM ini begitu rumit untuk ditentukan oleh PH.. Maka benarlah apa yang dikatakan oleh DS Najib Razak tempohari ketika berucap melancarkan Projek Lebuh Raya Pan Borneo. Beliau menyifatkan Pembangkang Malaysia sebagai "ALI BABA"

Pambangkang cuma ada TPM tapi siapa dia PM bayangna mereka.??
Adakah Wan Azizah.?? Anwar Ibrahim yang bakal memerintah dari dalam tirai besi ?? TS Muhyiddin ke ?? atau yang terakhir Mukhriz Mahathir ke??

Jawatan tertinggipun mereka tak bole nak nyatakan apatah lagi bab pengagihan kerusi menjelang pemilihan di PRU 14 nanti.. Jika isu PM sukar untuk mendapat kesepakatan, jangan harap pengagihan kerusi akan selesai dengan mudah..Rakyat juga di nasihatkan agar jangan menyokong pakatan ALI BABA yang cara pentadbirannyapun cacamamba

Tulisan
Suara Sensasi





Tiada ulasan:

Catat Ulasan