Khamis, 9 Mac 2017

PENYAKIT MELAYU MASA KINI


PENYAKIT MELAYU

Penyakit melayu terserlah dengan keangkuhan yang mengundang perpecahan hanya kerana menjadi hamba kepada politik serta individu tertentu.

Penyakit melayu nampak seolah hebat dan tangkas di medan perang... tapi cuma menentang sesama sendiri bukan beradu kebijaksanaan menghadapi musuh.

Penyakit melayu suka meninggi diri, sombong dan ego serta membawa watak curang dengan memperlekeh sesama sendiri.

Penyakit melayu lebih enak menikmati gula2 manis daripada pembangkang serta RBA dengan mengetepikan kewarasan pemikiran anugerah Allah s.w.t


Penyakit melayu lebih suka mendewakan bangsa asing melebihi bangsa sendri seperti pepatah melayu kera di hutan disusukan anak di rumah dibiar kelaparan.

Penyakit melayu tidak bijak mengaplikasikan kelebihan kuasa yang ada tetapi banyak memberi peluang kepada bangsa asing untuk memonopoli segala aset negara.

Penyakit melayu cuma bijak berkata2 tetapi dayus dalam segala perbuatan serta tindakan konon untuk menjadi tuan rumah yang cukup disegani dan prihatin.

Penyakit melayu berani melangkah ke gelanggang bukan mempertahankan hak keistimewaan sebaliknya meleraikan perpaduan demi kelangsungan politik peribadi.

Penyakit melayu bukan sedikit virusnya tetapi semakin bercambah kepuakkannya tanpa sebarang penyatuan bersama kata hati yang disimpul padu.

Penyakit melayu melihat masa depan dengan jarak yang singkat demi kekayaan, kemewahan dan kekuasaan yang bersifat sementara cuma.

Sedarlah wahai orang2 melayu...sejarah mengajar kita menjadi manusia yang insaf tentang peristiwa silam. Tiada siapa yang mampu mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri.

http://persatuansolidaritinasional.blogspot.my

Hasil nukilan,
Norshahida Salleh
Presiden PerSoNa Kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan