Jumaat, 10 Mac 2017

ZAIRIL SAHKN 1MDB SKANDAL BERSKALA BESAR DAN PAS WAJAR JADI JEMAAH TABLIGH


Ahli Parlimen Bukit Bendera,  Zairil Khir Johari tidak dapat menyembunyikan perasaan berangnya terhadap PAS lantaran serangan bertali arus terhadap beliau dalam isu tarian disko dan mabuk di sebuah kelab malam sehari dua ini.

Bagi mengalih perhatian rakyat terhadap isu tersebut, beliau nampaknya menulis panjang lebar menyerang seteru kuat DAP, iaitu PAS.
Suara Sensasi tidak berhasrat mengulas serangan beliau terhadap PAS, biarlah para pemimpin dan pengikut PAS menjawabnya.
Apa yang Suara Sensasi tertarik adalah bagaimana seorang pemimpin muda masa hadapan DAP seperti beliau berani menyanggah hujah-hujah ulama' PAS tentang matlamat sebenar parti tersebut yang meletakkan kemenangan akhirat lebih utama dari kemenangan pilihanraya.

Selain dari itu, Zairil juga bukannya seorang peguam hebat atau akauntan tersohor untuk mengesahkan bahawa isu 1MDB adalah suatu isu *SAH SKANDAL PENYELEWENGAN BERSKALA BESAR*, apatah lagi beliau juga bukannya anggota PAC yang menjalankan siasatan ke atas 1MDB atau Hakim yang menjatuhkan hukum atas perbicaraan penyelewengan 1MDB.

Tetapi beliau berani mengeluarkan kenyataan yang memberi implikasi undang-undang padanya dan Suara Sensasi tidak pasti apakah pihak 1MDB juga mempunyai keberanian sedemikian menyeret beliau ke mahkamah sekiranya dakwaan beliau adalah palsu dan merupakan suatu fitnah.

Beliau begitu seronok menfitnah Tuan Guru Presiden PAS hari ini. Tuduh Tuan Guru lindungi dan pertahankan Najib dalam skandal kewangan 1MDB.
Suara Sensasi yakin Negara akan semakin rosak jika diperintah oleh kelompok ahli politik yang sanggup buat apa sahaja untuk berkuasa dan pertahankan kuasa walaupun bercanggah di sisi Hukum Syarak.

Sama-sama kita saksikan sama ada PKR, BERSATU, PAN dan IKRAM akan menegur satu-satunya ustaz DAP, En Zairil di atas keterlanjuran kata-katanya.


Tulisan
Suara Sensasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan